Thursday, March 8, 2012

kisah bunga dan kelicap

bunga tau berharap pada unggas itu salah.. tapi bunga buat jugak.. bunga benci sangat pada kelicap kerana gemar mengganggu bunga. tapi bunga tak sedar bunga jadi sayang sangat pada

kelicap.. sampai tahap tak sedar mane baik mane buruk. itulah beza tau dan sedar.. bunga TAU salah, tapi bunga tak SEDAR bunga tengah buat salah. bile dah terlambat baru sedar..


tapi itulah yang berlaku.. bunga melampaui batas.. bunga yang rugikan kuntuman sendiri.. keseronokkan sementara memang tak berbaloi. lebih teruk lagi bile dapat tahu yang memang bunga dipermainkan dalam permainan dendam si kelicap.. bukan main dam..


bunga rase tak adil.. kenapa bunga yang jadi mangsa kelicap? kelicap beritahu dia sengaja menyakiti bunga ke tahap itu kerana dia berdendam dengan tanjung sebelum ni. kelicap ditinggalkn sewaktu dia sangt sayangkan tanjung.. malangnya, bunga yang dijadikan tempat lepas geram kelicap. kelicap mahu flora2 lain rasa ape yang kelicap rase dulu...


bunga berasa kecewa pada hari tersebut.. tapi ntah apa yang memberi semangat pada bunga, bunga tidak mati.. bunga masih memiliki debunga, daun, ranting dan akar.. hanya perlu tunggu sinaran sang mentari esok, bunga yakin dia boleh kembalikan mekarnya..


ape yang berlalu semalam, bunga layu dek ganguan kelicap yang melampau. debunga berharap kelicap mampu membantu nya dalam penyebaran debunga, tapi akhirnya bunga hanya layu dek harapan palsu.. bunga benci kelicap buat kali kedua dengan kadar yang sangat tinggi..


tetapi bunga tidak mati. malah bunga mampu bertahan lebih baik dari dulu. mungkin kerana bunga membuat persediaan setelah mengagak dari desiran angin kelicap. setiap kali kelicap mngibaskan sayapnya.. tidak menampakkan kesungguhan setiap kali kelicap mengahampiri bunga.  sekadar singgah kerana disekeliling bunga tidak banyak unggas2 lain yang menghampiri. mudahlah bagi kelicap untuk melepaskan dendamnya.


tapi jauh disudut nukleus bunga, masih ade rasa tidak percaya dengan ape yang dicicipkan oleh kelicap seekor itu.. bunga tidak percaya kelicap mempunyai dendam. walaupun 1.bunga syak dengan lahiriah yang ditunjukkan kelicap, 2.walaupun bunga layu dizalimi kelicap, tapi masih ada sesuatu yang bunga rasakan pada kelicap. seperti sesuatu yang menghalang kelicap dari bersungguh2 membantu bunga dalam pendebungaan nya.


sungguh bunga rela mati setelah mendapat perkhabaran dari kelicap seekor di detik itu. tidak berdaya lagi untuk bunga mekar kembali. untunglah, dengan adanya sokongan ranting, debunga dan daun, bunga gagah kan mekarnya hingga harum semula.


besar harapan bunga untuk kelicap kembali dan membetulkan semula tugas untuk penyebaran debunganya. tapi besar juga harapan bunga agar kelicap tidak menyebabkannya layu semula. tak mungkin bunga mampu mekar semula jika layu untuk kali ketiga..


bunga kini faham, ahli pendebungaan nya bukan unggas.. apatah lagi kelicap yang bertindak zalim seperti tu.. biarlah bayu, ahli sebenar yang menjalankan tugas. bunga mahu mekar dgan cara yang segar. biar jauh dari bayang kelicap. malah bunga ketepikan nukleus kecilnya yang berharap pada kelicap dahulu.


dengan bayu, bunga lebih harum.. walaupin tidak mengjangkau sebaran seluas radius unggas2, tapi yang pasti debunganya tersebar subur....


sekian untuk fiksyen malam ini.. terima kasih..


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

There was an error in this gadget