Thursday, December 31, 2015

berubah kerana...

sedang scroll fb dan terlihat
satu video seorang uztaz mualaf
menjawab mengapa dia masuk islam
sedangkan dulu dia kristian tegar

tapi mata aku tertancap pada 
nama fb page yg post video tu
'aku mahu berubah kerana Allah'

aku terfikir, 
kerana Allah baru berubah
bukan kerana manusia
bukan kerana harta
bukan kerana nama
bukan kerana cinta hati

sedangkan jika benar kerana Allah
saat ini juga akan berubah

bukan tunggu selepas puas nafsu 
bukan tunggu masuk ramadhan
bukan tunggu lepas kawin
bukan tunggu dah dapat susah

memang kerana Allah
biar berat nak bangun subuh sebab tgah syok tidur
tetap solat 

memang kerana Allah
biar miss out few scene tgh tgok wayang waktu maghrib
tetap solat

memang kerana Allah
biar rase leceh nak pakai tudung bile ade bukan muhrim depan mata
padahal dalam rumah jer
tetap tutup aurat

tapi yang paling susah 
nak taat disaat hidup tengah senang

betullah ade satu quote ni kate,
mati kerana islam, sampai beratur orang sanggup nk syahid..
hidup kerana islam, sorang pun belum tentu ada..

No comments:

There was an error in this gadget