Sebagai penutup minggu yang banyak menyakitkan hati dan merendah kan diri, tersedar hikmah yang terjadi dengan rahmat-Nya sekali.. selalu saye tertekan setiap kali dikutuk, selalu juga saya berbangga bila dipuji malah selalu juga terlupa atas kuasa siapa yang membenarkan semua pengalaman hidup ini terjadi..
Seorang manusia yang lemah, terlalu lemah.. belum lagi soal iman, soal kekuatan diri juga lemah.. fizikal, juga spiritual.. mungkin untuk orang yang sekali-sekala berjumpa takkan terlihat kelemahan2 seperti yang dituliskan diatas, tetapi untuk tuan punye badan yang baru setahun jagung hidup didunia fana yang penuh cabaran ni, sangat terasa betapa lemahnye diri..
Pengetahuan untuk menguat dan memantapkan diri dan mental bukanlah kosong, tetapi sifat dan sikap negatif yang diutamakan memudahkan lagi untuk kelemahan bermaharajalela dalam jasad ini.. bila terdengar teguran membina, terasa seperti dihukum dengan kata2 sinis menyakitkan hati.. tanpa disedari sebenarnya itulah ingatan buat diri yang selalu leka dengan nikmat kecil dan sementara ini... mungkin orientasi nasihat itu hadir dalam bentuk yang susah dihadam oleh minda membuatkan aku terus meludah nasihat berguna dan menganggapnya sebagai peria yang pahit dan tanpa memikirkan faedah yang terkandung...
Hujung minggu dipenuhi bersama orang tuaku yang tidak pernah lepas dari menyayangiku.. (Syukur Ya Allah, kerana mengurniakan mereka untukku..) kami ke majlis saudara rapat, aku bertemu dengan inspirasi baru.. input yang diberikan oleh nya bukan lah sesuatu yang baru tetapi sesuatu yang perlu aku 'refresh' dalam bentuk yang lebih mudah aku manfaatkan untuk mengejar semangat yang hilang.. Syukur ya Allah, Kau memberikan aku jalan untuk bertemu dia..
Selama ini bukan aku tidak pernah bertemu dengannya, cuma kerana pangkat saudara jauh, maka jauhlah hati untuk mendekati.. ntah mengapa, hari yang sibuk dengan walimahtul urus, tetamu yang tak putus2, Allah memberikan aku kesempatan untuk kami sama-sama menolong untuk kerja yang sama, berdua.. bila ade mase terluang dalam 5-10 minit, terbuka mulut ini, tergerak hati ini untuk berbual-bual.. yang aku sangkakan adalah soalan cliche mengenai status belajar atau bekerja... ya, memang itu terjadi, tapi ape yang istimewa tentang dia, aku merasa selesa dengannya.. dia rupanya mudah untuk diajak berbual, tidak sombong, tidak terlalu merendah diri.. membuatkan aku berasa senang dan tidak teragak2... bercerita tentang masalah 'kecil'ku, dia mula menceritakan inspirasinya kepadaku..
Memang permulaan perjalanan menuju jaya itu payah, umpama melalui jalan sempit, tanpa alas kaki yang selesa, dengan jalan yang berbatu kerikil tajam, pasti terluka tapak kaki.. tapi kerana didepan menjanjikan 'padang rumput' lembut menghijau dan segala macam yang dihajati, kuat dan tabah lah bekal yang mesti ada..
aku faham, tapi aku lupa atau lebih tepat, melupakan bekalan tersebut.. aku lupa selain ilmu sebagai bahan asas, takkan sampai aku ke 'padang hijau' itu tanpa bekalan2 itu.. sering aku diingatkan oleh orang tuaku, tapi aku cume mengiyakan tanpa mengambil bekal2 itu. lalu aku lemah kerana bekalan yang tertinggal.. semangatku lapar... kebulur... hingga mati semangat ku..
Terima kasih buat kakak inspirasi ku.. kerana sanggup singgah memberikan ku bekalan.... semoga Allah memudahkan perjalanan mu dunia dan di akhirat nanti yang kekal abadi.. Untuk orang tuaku, terima kasih kerana sokongan mu tidak bertepi bagiku.. mereka adalah yang terbaik untukku.. didunia dan akhirat sana.. untuk diriku, kuatkan lah semangat.. nafsu dan iblis sentiasa menggoda.. kuatkan lah imanmu diriku.. buat sahabat yang ada ketika aku merasa putus asa, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.. terima kasih semua.. Terima kasih ya Allah kerana Kasih-Mu, kerana Rahmat-Mu, kerana Pertolongan-Mu dan kerana Hikmah-mu dimana-mana...