maafkan aku.
selalu sangat post entry pasal dri sendiri. harusnya aku post pasal benda yang paling kurang pun berinfo untuk yang membaca kat sini.
maka hari ni aku cuma nak kongsi pandangan aku pasal merdeka. 1957 dulu memang bersemangat orang sambut merdeka. sebab mereka sangat jelas dengan ape yang diorang merdekakan.
zamn aku skolah dulu, memang dah diajarkan kenapa kita sambut merdeka. maka aku faham.
bila aku sambung belajar, aku mula persoalkan Cara yang sebenar sambut merdeka. aku mula terfikir, betulke sekadar kira turun detik 12am, 31 Ogos je? aku mula nak tau, ape lagi yang paling penting sebenarnya bila hari memperingati kemerdekaan.
paling mudah buat aku sekarang, berdoa kepada Allah agar Malaysia dapat kekal merdeka dari penjajahan fizikal dan juga selaku rakyatnya, agar bebas dari penjajahan mental. aminnnnn...