Tuesday, October 30, 2012

makluman

ala... ni menyampah ni.. bila selalu ade, tak tau nak cakap ape. tapi bila nak buat2 tak perasan, aku rindu la plak. tak sronok la camni.. ini tak sepatutnya berlaku. aku patutnye bebas dari belenggu yg ape ntah ni.

ko pun satu, cubelah sepatah aku tanya sepuluh patah ko jawab. aku cume nak nak ko punye respon je. cakap je la pasal ape pun. aku suke dengar.

itu satu hal. kedua, dengan jerawat kat muka ni. dah macam acara tumbuh berganti2. cubelah jadi baik setiap masa. tak payah la nak bertandang walaupun sebulan skali. tak payah datang langsung. faham tak? regim penjagaan kulit aku bertugas dua kali sehari je. kang aku buat lima kali sehari kang nipis kulit dgn dompet.. huhu.. :'(

go away jerawat..!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 29, 2012

rutin

assalamualaikum.

agak tahu tak berapa sesuai kalau nak citer pasal rutin harian kat alam maya nih. kalo ade stalker psycho yg bace mungkin bahaya. tapi nak jugak.

6.45 bgun
7.15 sarapan
7.30 g kje
8.00-5.00 kat ofis
5.20 sampai rumah
7.30 maghrib
8.30 - 5.00 isyak

wahahahaha... simple sungguh. rutin la katekan..  =p

ps: ade perkara aku tak perlu tahu.. haha..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, October 23, 2012

bukan berlakon

aku cenderung untuk merubah perangai yang hari2 aku guna kepada perangai yang lebih senonoh apabila berdepan dengan orang yang tidak berapa aku kenal. aku percaya, kebanyakkan orang juga berperangai seperti ini.

kerana persepsi pertama itu penting. mungkin itu yang buat aku berperangai sedemikian. contoh; gelak cover, makan sikit, mudah bersetuju dengan ape2 cadangan, senyum sokmo & rajin.
jika mahu disenaraikan lagi tentu panjang post kali ini. juga makin banyak la sifat berlawanan yang hari2 aku gunapakai akan diketahui. maka, contoh skit2 sudah.. haha..

itu perangai bila berdepan dengan  yang tak berapa dikenali. tapi bila berdepan dengan yang mahu mahu mahu mahu mahu aku kenali  boleh la dikatakan senonoh nye perangai tu akan didarab 5. ha.. baikkan? maka, kesenonohan itu aku doakan melekat menjadi perangai seharian.

maka kesimpulan aku  disini, berperangai senonoh tu bukan berlakon. betuli diri cuma. juga tanda hormat aku kepada mereka yang aku depani.

bak kata orang klate: i'll behave when i respect. it's the true color of me as well.. hahaha..

akhir kata, hanya jauhari mengenal manikam, bila malaikat lalu satu kelas diam.. hehehe.. =p


Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 17, 2012

aku bersahaja

bisakah ku menggapai bintang yang bersalut indah
bisakah ku menebak masa cintakan tercipta

bisakah ku uraikan sgala misteri dunia
bisakah ku mengucap cinta untuk selamanya

ingin ku pupuskan sgala tanda tanya
yang terbelenggu di jiwa

sulitkah mahuku cuma untuk mengucapkan cinta

aku bersahaja
kamu yang luar biasa

memang* syurga yang kupinta
juga* secebis cinta yang terbazir didunia

aku bersahaja
menanti di tebing sana
haus tak berarah
hanya satu yang ku pinta
seteguk air cinta

*******  *******

rasa seperti dalam "magical world of disney" bila aku hayati lirik ni.. hehe.. terbaik.

tapi harus aku ubah lirik nya supaya tidak hiperbola. dan aku tandakan dengan *

akhir, walaupun mereka takkan pernah bace entry ni, aku mahu tuliskan untuk rossa & taufik batisyah, indah nian nyanyian kalian.. ;-D

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, October 14, 2012

bagus

mungkin akan bagus rasanya jika mendapat panggilan masuk dipagi hari. mengucapkan selamat pagi padaku dengan penuh perhatian. dari orang yang aku sayang. =)

mungkin juga bagus dipagi hari aku mula bersenam. kerana disamping menunggu panggilan pagi seperti yang di atas agak mustahil untuk berlaku dalam masa terdekat ini.

bagus juga untuk aku mengalihkan perhatian kepada perkara yang membawa manfaat kepada diri sendiri. agar dapat aku kurangkan perhatian kepada perkara yang belum pasti seperti yang selalu aku lakukan semenjak ini.

ps: walau seketika, pelangi pasti ada selagi hujan & matahari ada..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 10, 2012

sebab

berikut adalah sebab:

#berparut di dahi seperti 'gangster'

#berkudis di kaki seperti 'gelandangan'

#berlemak di badan seperti 'giant'

#bersuara kasar seperti 'tomboy'

#banyak soal seperti 'wartawan'

#mudah mengalah seperti 'semalu'

#bosan seperti 'tv habis siaran'

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 8, 2012

belum musim bunga

bercakap pasal kemandirian, aku ade harapan.

sejak kita berjumpa semula.

sejak kita rapat semula.

sejak kita kongsi masalah masing2.

sejak kita mula menyokong satu sama lain.

sejak kau jatuh cinta dengan sesiapa sahaja.

aku tak pernah padamkan harapan aku. jika harapan itu boleh ditulis, aku mahu ukir di atas batu dalam gua. biar tahan lama, terlindung dari agen penghakisan air @ angin @ manusia lain. 

aku ada harapan untuk bertunas, berbunga, berdaun. tapi sebab musim tak sesuai, aku tangguhkan pengakuan aku. harus berhibernasi.. kalau aku teruskan di tengah salji ini, mungkin mati.

bila musim bunga nanti..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 5, 2012

taknak jadi wartawan

budak kecik senang sbb imaginasi diorang takde batasan logik. makanya, berani.

budak besar mcm aku ni susah sbb logik nak bataskan semua imaginasi aku. makanya, penakut.

tiga patah perkataan paling popular didunia pun susah nak lafaz. susah nak mengaku. semuanya dihalang logik la ni.. takut tolakan, takut tekanan. biarlah kalo negatif jawapan dia. bleh la move on dengan lapang dada. kalo yang positif tu jawapan dia. yang melompat lebih tinggi tu aku jugak kan. hmmm...

nak mengaku pun susah. bukan rugi pun kalo aku mngaku. tapi penakut. penakut.. penakuuuuuuuuut...!

agak2 nak cakap, aku tukar soalan. agak2 nak cakap lagi, aku tukar soalan lain pulak. pandai la tu.. sampai tahun depan mcm ni, aku boleh jadi wartawan. tnye soaln mcm2. nak mngaku entah bila.. hmmm...

p/s: sok  keje.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 4, 2012

bukan matematik

soalan yang tak berjawab, sama dengan dengan jumlah kuasa malu yang diterima. maka, apabila 2 soalan tak berjawab = malu kuasa 2.

untuk menyelesaikan masalah tersebut, BAhaGIkan kedua2 nombor dengan kosong kuasa 1.

Eem, Yang Maha Satu.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 1, 2012

pelik

rase ape ni? mcm sakit tapi tak luka. sebab mimpi indah semalam mungkin. yg indah tu wat aku senyum sorang2, tapi kerana itu hanya mimpi buat aku harap pada realiti satu hari nanti.. p/s: oh! rindu nyer.. (>.<) ouch..!

Published with Blogger-droid v2.0.9