Seorang manusia yang lemah, terlalu lemah.. belum lagi soal iman, soal kekuatan diri juga lemah.. fizikal, juga spiritual.. mungkin untuk orang yang sekali-sekala berjumpa takkan terlihat kelemahan2 seperti yang dituliskan diatas, tetapi untuk tuan punye badan yang baru setahun jagung hidup didunia fana yang penuh cabaran ni, sangat terasa betapa lemahnye diri..
Pengetahuan untuk menguat dan memantapkan diri dan mental bukanlah kosong, tetapi sifat dan sikap negatif yang diutamakan memudahkan lagi untuk kelemahan bermaharajalela dalam jasad ini.. bila terdengar teguran membina, terasa seperti dihukum dengan kata2 sinis menyakitkan hati.. tanpa disedari sebenarnya itulah ingatan buat diri yang selalu leka dengan nikmat kecil dan sementara ini... mungkin orientasi nasihat itu hadir dalam bentuk yang susah dihadam oleh minda membuatkan aku terus meludah nasihat berguna dan menganggapnya sebagai peria yang pahit dan tanpa memikirkan faedah yang terkandung...
Hujung minggu dipenuhi bersama orang tuaku yang tidak pernah lepas dari menyayangiku.. (Syukur Ya Allah, kerana mengurniakan mereka untukku..) kami ke majlis saudara rapat, aku bertemu dengan inspirasi baru.. input yang diberikan oleh nya bukan lah sesuatu yang baru tetapi sesuatu yang perlu aku 'refresh' dalam bentuk yang lebih mudah aku manfaatkan untuk mengejar semangat yang hilang.. Syukur ya Allah, Kau memberikan aku jalan untuk bertemu dia..
Selama ini bukan aku tidak pernah bertemu dengannya, cuma kerana pangkat saudara jauh, maka jauhlah hati untuk mendekati.. ntah mengapa, hari yang sibuk dengan walimahtul urus, tetamu yang tak putus2, Allah memberikan aku kesempatan untuk kami sama-sama menolong untuk kerja yang sama, berdua.. bila ade mase terluang dalam 5-10 minit, terbuka mulut ini, tergerak hati ini untuk berbual-bual.. yang aku sangkakan adalah soalan cliche mengenai status belajar atau bekerja... ya, memang itu terjadi, tapi ape yang istimewa tentang dia, aku merasa selesa dengannya.. dia rupanya mudah untuk diajak berbual, tidak sombong, tidak terlalu merendah diri.. membuatkan aku berasa senang dan tidak teragak2... bercerita tentang masalah 'kecil'ku, dia mula menceritakan inspirasinya kepadaku..
Memang permulaan perjalanan menuju jaya itu payah, umpama melalui jalan sempit, tanpa alas kaki yang selesa, dengan jalan yang berbatu kerikil tajam, pasti terluka tapak kaki.. tapi kerana didepan menjanjikan 'padang rumput' lembut menghijau dan segala macam yang dihajati, kuat dan tabah lah bekal yang mesti ada..
aku faham, tapi aku lupa atau lebih tepat, melupakan bekalan tersebut.. aku lupa selain ilmu sebagai bahan asas, takkan sampai aku ke 'padang hijau' itu tanpa bekalan2 itu.. sering aku diingatkan oleh orang tuaku, tapi aku cume mengiyakan tanpa mengambil bekal2 itu. lalu aku lemah kerana bekalan yang tertinggal.. semangatku lapar... kebulur... hingga mati semangat ku..
Terima kasih buat kakak inspirasi ku.. kerana sanggup singgah memberikan ku bekalan.... semoga Allah memudahkan perjalanan mu dunia dan di akhirat nanti yang kekal abadi.. Untuk orang tuaku, terima kasih kerana sokongan mu tidak bertepi bagiku.. mereka adalah yang terbaik untukku.. didunia dan akhirat sana.. untuk diriku, kuatkan lah semangat.. nafsu dan iblis sentiasa menggoda.. kuatkan lah imanmu diriku.. buat sahabat yang ada ketika aku merasa putus asa, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.. terima kasih semua.. Terima kasih ya Allah kerana Kasih-Mu, kerana Rahmat-Mu, kerana Pertolongan-Mu dan kerana Hikmah-mu dimana-mana...
5 comments:
lencun baju aku sarah membaca entry kali ni.. tak selencun keinsafan aku akibat tidak jadi me@#$%&kan diri bersama2 makcik tempoh hari.. selamat siku aku.. haha
relax la sarah.. disebalik kekurangan kita tu, mesti ada kelebihan kita Allah letak kat mana2.. Allah tu Maha adil.. setiap yang berlaku tu tentu ada hikmahnya.. kita takkan sedar buat masa ni.. tp bila kita dipuncak kejayaan, baru kita akan bersykur.. kenapa dan kenapa serta kenapa kita diuji sebgini pada waktu ini...
aku pun pernah merasa bila diri tak punya apa2.. harapan pun hilang.. tp aku percaya.. segala susah dan penat lelah itu, pasti allah takkan sia2kan.. ade la pintu rezeki untuk ko nanti.. cuma kalau dah berjaya nnt, jgn la pulak nak lupakan aku.. jgn pulak kau ajarkan aku dgn ilmu2 polimer ko tu, macam aku yg dah diajar dgn ilmu2 falsafah2 ni tempoh hari..
bersabar dan berdoa tu senjata kita sebagai seorang mukmin.. rezeki sudah allah tentukan.. sekurang2nya ko masih boleh bersyukur, mempunyai keluarga yang sentiasa menerima ko seadanya.. aku tak rasa mak ayah ko mengeluh melihat ko seprti sekarang.. sebab ko rak buat2 apa2 masalah pun
sarah, sebgai kawan.. aku sayngkan ko.. jadi jgn lah berubah menjadi seorang yang murung bila sebelum2 ni kita hampir2 sehari2 ketawa dan ceria.. akuu akan sentiasa menggembirakan ko.. tp jgn lah biar aku seolah2 gagal menenangkan ko.. sebab kesedihan ko tu tanda kegagalan aku menjaga hati kau sarah..
akhir kata.. kalau ramai sgt makcik2 yg tak suka dgn 'personaliti' ko tu.. ingat.. aku ada lagi yang sukakan kau.. bgi aku fizikal bukanlah penilaian utama dalam mengenal hati budi seseorang insan.. byk perkara lain lagi yg perlu diambil kira terutamanya hati budi dan sikap suka menghiburkan orang lain.. ingat tu..
aku rasa aku dah cukup memberi motivasi.. teruskan menulis sebagai hobi agar masalah sekeliling dapat ko lenyapkan k?
wah... terima kasih ikhram.. kau tak gagal lah.. cume nasihat daripada alam maya ni kurang terasa kesannya.. bila depan2 macam dengan kakak tu hari mgu lepas, semakin dalam rasenye.. tapi ape yang kau ingatkan dan pesan kan tu aku ingat selalu.. jangan risau... aku sedar aku ada ko..
When you are in bad state, always reflect on someone who is worse off that you.... and be grateful that you, are you....
ibarat sarah menangis kerna tidak mempunyai kasut, kemudia sarah berjumpa dengan seseorang yg tidk mempunyai kaki..sedih bukan...tapi rasa syukur dan sabar itu akan membuka mata hati kita untuk menerima cabaran2 yg mendatang.
sarah, untuk mencapai sebuah kejayaan bukanlah semudah yang disangka..suatu ketika dahulu, ketika mula2 masuk uitm, wani rasakan jarak antara kolej melati dengan fakulti sangat jauh..sampaikan suatu ketika kawan wani sepertinya mengeluh bercerita ttg jarak dan halangan itu kepada ayahnya..
suatu yang diluar jangkaan bila ayahnya berkata"itulah liku2 perjalan untuk berjaya".jawapan yg membuatkan wani tersedar dari mimpi yang panjang..tersedar mimpi itu sangat berbeza dr tersedar dari tidur...mungkin sebab itu wani x suka naik bas...dan bila diamati, jarak dan rintangan itu membuatkan wani rasa sihat..yap mana x nyer, 20 amik masa nak pegi fakulti, peluh kuar..hmm petang2 x yah joging dh...
yap, halangan2 sekarang ini boleh membantu sarah..membuatkan sarah rasa lebih bersyukur..bilamana sarah terasa sangat susah untuk mendapatkan pekerjaan, sarah akan berusaha lebih..dan ketika sarah mendapat pekerjaan yg selama ini sarah impikan, sarah akan terasa lebih bersyukur dgn nikmat Allah...
wani kadang terasa cam sarah jugak...
Drive your life at your own speed, eyes on your own wheels and don't compare your life to others because You have no idea what their journey is all about....we are special to each other
wah..tetiba rasa nak wat n3 utk sarah..
wah... syukur ya Allah.. i've got a really inspiring sahabat.. thanks wani.. hehe.. dalam mencari ilham secara tak langsung dah bg ilham pada yang lain.. Allah bless u wani.. muah3.. hehe...
Post a Comment