Ketahuilah, sesungguhnya aku tidak tahu semua tentang diri sendiri. Mungkin nilai2 yang ada dalam diri aku yang dilihat orang tidak sama dengan apa yang aku fikirkan. Ada orang fikir aku degil, tapi sebenarnya aku tak tau. Ada orang fikir aku lembut hati, tapi sebenarnya aku malas nak bertekak.
Sebab tu lah bila interview, bila kene soal tentang kekuatan & kelemahan diri aku pening kepala nak jawab. Samada nak ikut ape yang aku rase, atau dari pandangan orang lain. Walaupun ade orang kata jangan ikutkan sangat ape yang orang cakap, aku tetap fikir sebenarnya yang orang cakap tu la yang membentuk & penyebab tindakan aku. Orang tu tak semestinya orang luar. Tapi yang sentiasa dengan aku, yang paling faham tentang aku... Mak.
Aku mula faham pasal ni masa tingkatan 3. Mula duk hostel masa tingkatan 1, semua kene buat sendiri, banyak yang tak reti & tak cukup. Tapi ape yang menguatkan aku untuk terus tetap kat hostel tu bila mak datang. Dia bukan seorang yang jenis pemberi nasihat sebijik2 macam kat kursus motivasi. Tapi cara dia amik berat, cukupkan keperluan aku sudah mampu membuat aku kuat kat sana. Mungkin bagi orang lain, benda ni kecik. Setakat duk hostel, ape la sangat kan? Tapi bagi aku time tu, dengan perasaan yang tak ready nak kne tinggal sendiri. Memang berat la. Seminggu home sick, nangis senyap2 dalam toilet. Tapi bila dah agak sebulan duk hostel, dah dapat ngam dengan kawan, seronok tak ingat la plak. Hahaha… Tapi mase tingkatan 3, aku tak tau macamne nak describe, tapi mase tu baru aku sedar yang aku ni tak berapa kenal dengan diri sendiri, mak lebih tau. Hehe.. sweet+syahdu tau aku rase time tu.. ^_^
No comments:
Post a Comment