Friday, November 30, 2012

tahan

ujian menahan nafsu nyata lebih susah dilawan jika dibandingkan dengan ujian ditimpa kesedihan. biar aku jelaskan kenapa.

nak melawan nafsu yang menggoda, tapi fitrah manusia sukakan nikmat. menahan diri dari hal yang disukai, sedangkan manusia cenderung menuju kepada hal yang disukainya. sangat mencabar. umpama menahan lapar dahaga di waktu petang yang panas di tengah2 bazar ramadhan. tengok balang air bandung cincau tgah terkondensasi dengan banyaknya.. rase nak teguk satu jug skali gus.

fuh.. betapa lah besar nye nafsu yang nak dilawan. kan? itu baru contoh terkondensasi.. blum contoh hormon estrogen progestron atau contoh tenaga kinetik lagi tu.. haa..

dibandingkan dengan menahan kesedihan, itu datang dari perkara yang sudah berlaku. yang dah lepas. mudah sikiiiit la. tapi berat tetap berat. nama pun ujian. cuma bisikan syitonirojim yang buat manusia tak tahan tu. keinginan memang dah tak de. hal dah lepas lah katekan.. tinggal nak truskan ATAU nak tetap macam tu jer..

mcam tarik tali. tahan nafsu tu umpama tahan dari kne tarik. maka berhempas pulaslah semata-mata nak bertahan. sape yg tak kuat, TERTARIK lah dia dan mungkin jatuh, pastu kne 'booo'.. oh,no!

macam pegang belon, tahan kesedihan tu umpama tanak lepas tali belon, sentiasalah ade je belon tu. tak ade tarikan, tapi semak la skit bila belon tu ade je kat tepi. tapi siapa yang lepas, LAPANG lah dia. dah takde tali yang menyerabutkan bila ke hulu ke hilir.

sekian pendirian saya buat masa ni. peace..!! (^^)v

ehem2.. actually, saye suke jer belon yang kne pegang tu.. sweet kot kalo amik gambar ade background belon2 nih. oh ya, belon warne plain punyer tau. bukan yang gambar spongebob atau yg sekutu dengannye okei.

ps: perenggan kat atas ni nak wat post squartum boleh? haha.. =p

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 22, 2012

bertemu untuk diduga

salam.

esok aku akan hantar jawapan 'last minute' ni kat panel temuduga. aku mahu jawatan ni dalam mase setahun akan datang.. bukan sebulan akan datang.. aku rasa bersalah jika aku harus mengajar sesuatu yang aku bukan ahlinya. aku dapat rasekan aku tak layak utk subjek ni. memang boleh buat, tapi banyak lagi kene ada dan kene amal.

ini aku tempuh demi mak & ayah, dan masa depan aku..

ps: marilah bace doa tido sekarang.. (-.-)zZz
utk bekalan tenaga esok hari.. ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 21, 2012

kuasa ekonomi

salam.

pasal boikot. berat hal ni. dah biasa pakai. yang hari2 guna. tiba2 kene stop. susah sebenarnya..

boleh dipanggil mogok 'lapar' lah kalo berjaya boikot. itu kalo tahu ape yang nak di-boikot-kan.untuk barang yang kita tak tau? yang kita tak sedar? bagi aku, banyak yang aku tak tau.

macam mane ni?

lagi satu hal, boikot sebulan, pakai bertahun2. diorang dapat untung bukan dlm masa sebulan. sedar atau tak, kita dah kene takluk. dengan ekonomi & teknologi. maka, aku harap sangat aku dapat istiqamah jihad diri aku ni

rokok: aku baca artikel, tokey rokok gergasi hari ni yahudi. maka, boleh ke pakcik2 & abang2 tu brenti rokok sekarang jugak? kalo diorang betul2 sayang saudara kita disana?

fb: sah2 la pengasas dia orang yahudi. takkan dia tak buat sumbangan untuk puak2 dia kan? kita, dapat tau maklumat ni semua pun melalui fb. mampukah aku 'ban' fb? dah buat minggu lepas, tak leh bla.. activate balik dah. yer.. aku malu sendiri. tapi aku tetap sayang saudara aku disana dan dimana jua. tak dapat nak elak? oh! such a lame excuse from u sarah.. -.-"

yang diatas ni dua contoh benar.. kan? setuju tak? so, macam mana nak buat ni? mcam mana nk tolong diorang ni? 

maafkan aku tak mampu. terlalu banyak kekurangan. diri sendiri pun banyak yang 'bocor' terbiar. aku kene repair dulu. enjin kalau rosak, minyak penuh pun takleh nak jalan kan?

doaku, hancurlah zionist laknatullah. berpadulah umat islam sejagat.

ditaip pada:
3 Muharram 1434 Hijrah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 18, 2012

'makan dalam' punye kias

pokok kelapa tumbuhnya tinggi,
dimusim hujan bergugur daun,
tengok gambar ok lagi..
baca komen terus 'down'..

tersangkut duri, kain terkoyak,
semasa menyiram bunga di pagar,
nak terasa, tahu tak layak..
nak mengaku, suara x keluar..

sampan terapung diatas laut,
silau mata dek terik mentari,
hendak berharap, aku takut..
masa tak sesuai, kecewa nanti..

lapar perut dimalam hari,
senyap2 membuka peti,
walau siapa pun orangnye nanti..
harap kami saling memahami..

pucuk daun tumbuhnya tinggi,
walaupun tinggi tetap didaki,
maut dan jodoh rahsia Illahi..
bila dan siapa, redha je lah nanti..

Published with Blogger-droid v2.0.9

kuasa ekonomi

salam.

pasal boikot. berat hal ni. dah biasa pakai. yang hari2 guna. tiba2 kene stop. susah sebenarnya..

boleh dipanggil mogok 'lapar' lah kalo berjaya boikot. itu kalo tahu ape yang nak di-boikot-kan.untuk barang yang kita tak tau? yang kita tak sedar? bagi aku, banyak yang aku tak tau.

macam mane ni?

lagi satu hal, kalo dah reda nanti, mesti pakai balik kan? tak macam bodoh ke nanti? boikot sebulan, pakai bertahun2. diorang dapat untung bukan dlm masa sebulan. sedar atau tak, kita dah kene takluk. dengan ekonomi & teknologi.

rokok: aku baca artikel, tokey rokok gergasi hari ni yahudi. maka, boleh ke pakcik2 & abang2 tu brenti rokok sekarang jugak? kalo diorang betul2 sayang saudara kita disana?

fb: sah2 la pengasas dia orang yahudi. takkan dia tak buat sumbangan untuk puak2 dia kan? kita, dapat tau maklumat ni semua pun melalui fb. mampukah aku 'ban' fb? dah buat minggu lepas, tak leh bla.. activate balik dah. yer.. aku malu sendiri. tapi aku tetap sayang saudara aku disana dan dimana jua. tak dapat nak elak? oh! such a lame excuse from u sarah.. -.-"

yang diatas ni dua contoh benar.. kan? setuju tak? so, macam mana nak buat ni? mcam mana nk tolong diorang ni? 

maafkan aku tak mampu. terlalu banyak kekurangan. diri sendiri pun banyak yang 'bocor' terbiar. aku kene repair dulu. enjin kalau rosak, minyak penuh pun takleh nak jalan kan?

ditaip pada:
3 Muharram 1434 Hijrah.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 17, 2012

ella

kalau cinta berakhir, musnahlah segalanya
kalau kau pergi dulu, tiadalah ertinya
usahlah pergi dulu, sebelum hasrat tercapai
agar kita bersama, seperti selalu..
terimalah ku kembali, hanya takdir menentukan
berbanyaklah bersama, supaya tak dipersiakan
jagalah diri, jagalah diri selalu
jangan dipermainkan janji2 dahulu
cubalah usaha agar ketenangan kembali
semoga kita kan jadi seperti dua insan bercinta
o... oo...
                    *****   
nak dedicate lagu ni kat sesiapa,  macam tak sesuai.. maka layan je lah dengan diari ni.. 
aman.
bila dengar lagu ni kat utube, macam rock sangat. tapi bila tengok lirik, mak ai.. jiwangnye..! haha..
credit to ella, 'dua insan bercinta'..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 16, 2012

bukan aku punye

buat apelah rase tercuit.. kalo itu bukan aku yang punye.. okay!

-.-''

Thursday, November 15, 2012

arab

kronologi nya begini:

isnin - semak keputusan temuduga online, dia inform fail

selasa - dapat sms, dia inform lulus

rabu - semak sekali lagi secara online, dia inform lulus.

khamis - semak dokumen yang kne bawak hari temuduga.
- semak macamane interview tu akan berlangsung.

okeh. berita utama nya disini, ada exam bahasa arab. wuhuhuhu... nak nangis pun ade. dah la dlu pmr bahasa arab pun aku dapat c. dah 9 tahun aku tinggal bahasa arab. takut nye... huhuhu.. nak blaja bahasa arab dalam masa 6 hari. tolak kerja, makn, tido.. bape jam je tinggal? huawawa...

berita selingan yang buat aku dilema jugak adalah: interview berkumpulan. ala2 discussion macam MUET dulu. topik dia bg on the spot. hambik... dah bape lama jugak aku tak baca paper dengan penuh perhatian?? juga interview individu yang mungkin dia akan suruh bace surah2 lazim. uhuk2.. agak bertahun2 jugak aku tinggal hafazan.  hijrah la aku tahun ni.. tolong aku Ya Allah. Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa.. huhu.. Amin..

kalo tahun ni aku tak dapat, aku sangat boleh faham kenapa. dengan kekurangan aku dalam bab2 agama ni. aku patut ubah perangai aku dlu. huhu.. malunye dengan kekurangan diri ni. aku kene prepare banyak benda lagi ni.. baru boleh nak membentuk perangai anak2 murid nanti..

akhir kata, oh! bahasa arab.. kita berjumpa lagi. semoga aku boleh memahami kau. supaya kisah kita yang tak sehaluan dulu tidak berulang lagi. huhuhu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 11, 2012

masa

mase aku sekolah rendah. aku boleh suke asalkan mamat tu hensem+kacak. tak kira lah dia tu selalu markah merah ke, atlet skolah ke..

masa aku skolah menengah, aku mula usha2 hanya sebab aku tengok kawan2 aku pun bercinta. bodoh juga nih.. takde tujuan.

masa aku matrik, aku couple atas dasar kesian+sunyi. bangang juga nih.. kecelaruan tujuan.

masa kat universti, aku bercinta atas dasar nak hilang bosan. ni memang paling membuta tuli punye ni. teruk jugak aku nih.

masa aku lepak2 kat bilik sekarang nih, aku dah tak bercinta lagi dengan siapa2 atas dasar, mata dah celik, telinga dah dengar, hati dah faham, ape yang betul n ape yang salah.

walaupun aku tak berapa baik seperti uztazah pilihan, aku suke lah dengan orang baik.

dan aku benci dengan orang jahat, walaupun ada masa, aku 2x5 jer dgn diorang.

ps: sayang anak orang berpada2,
      benci anak orang jangan sekali..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 9, 2012

cukup

tak boleh tahan.. aku activate balik fb. selepas sehari tutup. mengong mahawangsa.. haha..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 8, 2012

cuti

hari ni aku cuti. dengan alasan ade medical appoinment kat hospital. tapi sbenarnya amik ubat jer.. lepas tunggu dari pukul 8 sampai pkul 9, aku wat 'appointment' kat mid valley.

sampai sana dalam pkul pkul 10, trus beli tiket muvie 'istanbul aku datang' utk pukul 11. pastu tgu mase masuk dengan sarapan kat mcD kejap.

then, layan citer tu. memang terrrrrbaik wa cakap lu. first time tgok muvie melayu yang boleh buat aku senyum sorang2 walaupun dah kluar wayang. citer dia santai, klaka, sedih kjap, and the best part is: HAPPY ENDING.. and i was touched mase salah fahan dgn boyfriend dia. lalu mata termasuk habuk. nasib baik ade sapu tangan. tapi yang paling penting aku suke, suke, sukee sangat!! teringin nak g sane pun ade. lisa was so cute as usual, beto was so gentleman, memang boleh buat aku falling in love la, tomok is a jerk n aizat was cool. pak arab sane adalah hensem tapi klaka. haha.. nak tau mcmane best nye, sila pegi tgok okei.. ;-)

pastu, aktiviti berjalan kaki mencuci mata. memang tak bleh tahan. tengok kasut ala2 cute, ade pulak sale. tak sengaja terbeli sepasang. trus pakai, melecet pulak. wuhuhu.. :'( beli pulak stokin, sakit jugak. lastly, kasut tu simpan balik dalam kotak n sliper buruk tu jugak yang selesa.

pkul 3, aku singah kl sentral. makan donut sambil taip draft untuk entry nih. nak tgu asar, pastu baru nak balik. huhu..

walaupun aku penah cakap aku tanak keluar dengan aku lagi. aku wat jugak. ntahlah. aku cakap tak serupa bikin dalam hal ni. hari ni tak bosan pulak bila keluar dengan diri sendiri. mungkin akhir2 ni aku serabut dengan suara2 yang selalu berbisik2 dalam telinga. hari ni, suara2 tu masih ada. cuma serabutnya dah kurang. enjoy tengok muvie kot. hehe..

by the way.. aku tak inform parents aku pun yg aku cuti hari ni. i wish i could say sorry to them, i just need time for myself. hanya 8 jam jer... tapi, kalo diorang tak expect pape yg pelik, i wont tell anything about today. haha.. huhu.. sowie..

one more thing, i challenged my self to keep away from fb. so i deactivate my account. sudah 21 jam aku tahan utk tak activate balik. i just keep tell myself, it was nothing in there. also, i will know who is really care for me. tapi.. instagram, ym, whatsapp, blog and celcom aku always on 24/7. takde lah anti social pun.. kan? hehe..

that's it for today. hope esok aku dapat keje dgn fokus, takde sibuk dgn fb. so my bos won't have bad impression of me anymore. saya mau jadi baik. haha.. :-P

xoxo,
wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 7, 2012

petunjuk

faham lah aku.

bagus.

honesty is the best policy.

diamlah!

dang!!!

kepala terantuk dinding..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 5, 2012

facebook

kalo kurangkan guna kertas, orang panggil mesra alam.. tapi kalo fb, aku panggil mesra 'stalker'.. sebab boleh tau ape jer yang orang lain buat, hanya dengan baca newsfeed.

kalo yang betul2 admirer pulak, hari2 boleh cek profile. segala detail boleh tau. tuan punye profile komen ke, like ke, semua fb dah bgtau. tak payah dah nak upah penyiasat persendirian.. bak kata pepatah, segalanya di hujung jari. 'cutting edge' sangat tau..

takde misteri lagi. takda rahsia dah. emm, tak de surprise. walau apepun satu kebaikannye, it makes people keep in touch.

p/s: nape lah idea suka datang waktu bateri handphone dah nak kong.. -.-"

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 4, 2012

teringat & teringin

di waktu petang. di hujung minggu yang lembap dan sejuk. sebab hujan renyai turun tak berhenti2 dari pagi. aku mula bosan.

memikirkan aktiviti yang dirancang pada hari ni bersama ainil hawa pada khamis lepas dah batal, sebab mak tak bagi. pastu memikirkn nak keluar rumah sorang2, aku tak nak. sebab aku dah buat dulu, sekali.

iyer.. memang bebas, aku boleh nak jalan suka hati, beli ape yg aku nak, tapi satu jer tak bleh tahan, sunyi. lagi baik aku bawak mak aku. walaupun dia suke membebel, boleh wat halwa telinga, boleh bagi pendapat. pahala pun dapat. tak gitu??

nak ajak member2 lain, tak tau lah.. susah betul aku nak ajak kawan2 yang lain selain fiza n ainil. berat hati jadinya. takut diorang dah ade plan lain. takut nanti aku bosan terpaksa berlakon sepanjang waktu bersama. walaupun dulu aku ngam dengan mereka yang dulu kawan satu kuliah, satu blok, satu course, satu klas... aku takut aku jadi orang lain bila hang out dengan mereka yang aku tak biasa.. itu lah punca utama aku susah nak ajak orang lain. .  sebab akhir nanti, aku juga yang letih.

aku sedar dengan hal ni sejak tengah tahun ni. bila aku pergi kenduri kawan satu skolah menengah dulu. jumpa kawan2 yang dulu sekepala dengan aku. dan aku rasa seronok menjadi diri sendiri ketika itu. tapi diorang kata aku dah tak macam dulu. dah tak rock lagi bak kata orang.. emm? yeke? aku lain ker? aku dah tak happening mcm dulu ke?

oh, memang tak faham kenapa diorang kata aku dah tak rock lagi. tapi biarlah, yang penting mak ayah aku suke. dan aku pun tenang dengan diri aku yang sekarang.

biarlah tak happening macam mase skolah dulu, asalkan aku tak menyakitkan hati siapa2 lagi. biarlah aku tak fun, giler2 macam aku awal remaja dulu, asalkan aku jaga perangai bagi senonoh mak ayah aku tengok..

sekarang, aku teringin nak keluar, tapi bukan ke shopping mall. boleh tak? keluar untuk aktiviti outdoor ke, mlawat muzium ke. asalkan bukan shopping mall. haha.. kalo betul2 nak shopping baru ade mood nk hangout kat situ. tapi kalo nak spend time dgan member, aku nak buat benda baru. ;-)

p/s: buat benda baru dengan orang dah lama kenal, menarik bunyinya..

Published with Blogger-droid v2.0.9