di waktu petang. di hujung minggu yang lembap dan sejuk. sebab hujan renyai turun tak berhenti2 dari pagi. aku mula bosan.
memikirkan aktiviti yang dirancang pada hari ni bersama ainil hawa pada khamis lepas dah batal, sebab mak tak bagi. pastu memikirkn nak keluar rumah sorang2, aku tak nak. sebab aku dah buat dulu, sekali.
iyer.. memang bebas, aku boleh nak jalan suka hati, beli ape yg aku nak, tapi satu jer tak bleh tahan, sunyi. lagi baik aku bawak mak aku. walaupun dia suke membebel, boleh wat halwa telinga, boleh bagi pendapat. pahala pun dapat. tak gitu??
nak ajak member2 lain, tak tau lah.. susah betul aku nak ajak kawan2 yang lain selain fiza n ainil. berat hati jadinya. takut diorang dah ade plan lain. takut nanti aku bosan terpaksa berlakon sepanjang waktu bersama. walaupun dulu aku ngam dengan mereka yang dulu kawan satu kuliah, satu blok, satu course, satu klas... aku takut aku jadi orang lain bila hang out dengan mereka yang aku tak biasa.. itu lah punca utama aku susah nak ajak orang lain. . sebab akhir nanti, aku juga yang letih.
aku sedar dengan hal ni sejak tengah tahun ni. bila aku pergi kenduri kawan satu skolah menengah dulu. jumpa kawan2 yang dulu sekepala dengan aku. dan aku rasa seronok menjadi diri sendiri ketika itu. tapi diorang kata aku dah tak macam dulu. dah tak rock lagi bak kata orang.. emm? yeke? aku lain ker? aku dah tak happening mcm dulu ke?
oh, memang tak faham kenapa diorang kata aku dah tak rock lagi. tapi biarlah, yang penting mak ayah aku suke. dan aku pun tenang dengan diri aku yang sekarang.
biarlah tak happening macam mase skolah dulu, asalkan aku tak menyakitkan hati siapa2 lagi. biarlah aku tak fun, giler2 macam aku awal remaja dulu, asalkan aku jaga perangai bagi senonoh mak ayah aku tengok..
sekarang, aku teringin nak keluar, tapi bukan ke shopping mall. boleh tak? keluar untuk aktiviti outdoor ke, mlawat muzium ke. asalkan bukan shopping mall. haha.. kalo betul2 nak shopping baru ade mood nk hangout kat situ. tapi kalo nak spend time dgan member, aku nak buat benda baru. ;-)
p/s: buat benda baru dengan orang dah lama kenal, menarik bunyinya..
No comments:
Post a Comment