Thursday, November 15, 2012

arab

kronologi nya begini:

isnin - semak keputusan temuduga online, dia inform fail

selasa - dapat sms, dia inform lulus

rabu - semak sekali lagi secara online, dia inform lulus.

khamis - semak dokumen yang kne bawak hari temuduga.
- semak macamane interview tu akan berlangsung.

okeh. berita utama nya disini, ada exam bahasa arab. wuhuhuhu... nak nangis pun ade. dah la dlu pmr bahasa arab pun aku dapat c. dah 9 tahun aku tinggal bahasa arab. takut nye... huhuhu.. nak blaja bahasa arab dalam masa 6 hari. tolak kerja, makn, tido.. bape jam je tinggal? huawawa...

berita selingan yang buat aku dilema jugak adalah: interview berkumpulan. ala2 discussion macam MUET dulu. topik dia bg on the spot. hambik... dah bape lama jugak aku tak baca paper dengan penuh perhatian?? juga interview individu yang mungkin dia akan suruh bace surah2 lazim. uhuk2.. agak bertahun2 jugak aku tinggal hafazan.  hijrah la aku tahun ni.. tolong aku Ya Allah. Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa.. huhu.. Amin..

kalo tahun ni aku tak dapat, aku sangat boleh faham kenapa. dengan kekurangan aku dalam bab2 agama ni. aku patut ubah perangai aku dlu. huhu.. malunye dengan kekurangan diri ni. aku kene prepare banyak benda lagi ni.. baru boleh nak membentuk perangai anak2 murid nanti..

akhir kata, oh! bahasa arab.. kita berjumpa lagi. semoga aku boleh memahami kau. supaya kisah kita yang tak sehaluan dulu tidak berulang lagi. huhuhu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: