Thursday, December 31, 2015

berubah kerana...

sedang scroll fb dan terlihat
satu video seorang uztaz mualaf
menjawab mengapa dia masuk islam
sedangkan dulu dia kristian tegar

tapi mata aku tertancap pada 
nama fb page yg post video tu
'aku mahu berubah kerana Allah'

aku terfikir, 
kerana Allah baru berubah
bukan kerana manusia
bukan kerana harta
bukan kerana nama
bukan kerana cinta hati

sedangkan jika benar kerana Allah
saat ini juga akan berubah

bukan tunggu selepas puas nafsu 
bukan tunggu masuk ramadhan
bukan tunggu lepas kawin
bukan tunggu dah dapat susah

memang kerana Allah
biar berat nak bangun subuh sebab tgah syok tidur
tetap solat 

memang kerana Allah
biar miss out few scene tgh tgok wayang waktu maghrib
tetap solat

memang kerana Allah
biar rase leceh nak pakai tudung bile ade bukan muhrim depan mata
padahal dalam rumah jer
tetap tutup aurat

tapi yang paling susah 
nak taat disaat hidup tengah senang

betullah ade satu quote ni kate,
mati kerana islam, sampai beratur orang sanggup nk syahid..
hidup kerana islam, sorang pun belum tentu ada..

Wednesday, December 9, 2015

Tolong aku Ya Allah..

aku muslim
aku beriman bahawa tiada tuhan selain Allah
Nabi Muhammad persuruh Allah

islam ada rukun
sebagai bukti aku islam
rukun nya aku tunaikan

tapi sekarang
rukun yang 5kali sehari semalam tu
semakin berat bagi aku tunaikan
semakin mudah aku tinggalkan
aku tak mau jadi kufur
tolonglah aku ya Allah

kenapa dengan aku?
apa dosa aku Ya Allah
berilah aku taufiq dan hidayahmu

aku mau Kasih Sayang Mu
aku mau redha Mu

aku x sanggup dengan azab Mu
aku x sanggup
aku x mau

tersentuh minyak panas pun aku x sanggup
bagaimana aku nnt dgn azab Mu

tolonglah aku Ya Allah
selamatkan lah aku Ya Allah
Kasihanilah aku Ya Allah
Aku lemah Ya Allah

berilah aku peluang untuk menjadi taat kepadaMu
berilah aku ruang untuk menjadi hamba yg Engkau kasihi
aku minta
aku harap
aku mau
dengan kasih sayang Mu
dengan redha Mu
dengan berkat Mu
dengan rahmat Mu
dengan syurga Mu

tolonglah Ya Allah
selamatkan aku dri Murka mu
jadikanlah aku hamba yg bertaqwa
yg engkau redhai
yg engkau kasihi
yg engkau berkati

Allahumma Solli Ala Sayidina Muhammad,
Wa ala alihi wa barik wa salim..
Amin..

Tuesday, December 1, 2015

mahu

aku mahu jdi isteri solehah..
aku mahu suamiku berasa tenang bila melihatku..
sepertimana aku tenang bila melihat dia..


There was an error in this gadget