Tuesday, June 19, 2012

bias

bias: berat sebelah. asalnya aku tak amik tahu pasal politik. tapi memandangkan aku dah kne mngundi thun ni, maka aku kene lah jugak amik tau perkembangan politik semasa.


susah betul nak buat keputusan bila dah nampak kelebihan dan kekurangan pesaing2 politik malaysia. aku nampak, tapi tak jelas. sbb aku baru cuba nak korek2 data n maklumat, bru bleh wat analisis tak pun hepotesis, mungkin? haha.. ape2 je lah.


yang sebenarnya, aku makin hari makin pening dgn perjuangan pesaing2 politik malaysia. yang lagi buat aku meluat dan tak de mood nak amik tahu pasal politik ialah bila mereka2 yang taksub sangat dgan pilihan masing2, sampai langsung tak bukak mata utk tengok kebaikan yang pesaing2 mereka dah buat. sampai semuanya salah.


nak bagi contoh sebenar, aku tak pandai nak explain dan aku takde kesahihan. maka aku wat analogi la kan, mungkin sape2 yang mahu faham maksudku akan faham.


begini, ada dua pihak iaitu pihak bateri dan pihak charger. dua2 matlamatnya nak memberikan tenaga kpd hp supaya dapat digunakan.


-sila abaikan tentang topup & telco line-


mari lihat pada bateri, kelebihan bateri: tempat simpanan tenaga utama untuk hp. tanpanya, hp hanyalah sebuah gabungan plastik dan logam. kekurangan beteri: tenaga dibekalkan bergantung pada kapasiti bateri sahaja. tidak berpanjangan, terhad.


seterusnya pesaing kepada bateri,charger. kelebihan charger: sumber tenaga aktif kepada hp. mampu mengaktifkan hp dengan segera. mampu bertahan lama insyallah, selagi tenaga elektrik wujud kat bumi ni. kekurangan: hanya berfungsi apabila wujudnya soket supaya dapat menyalurkan arus elektrik.


secara normal, kite mesti fikir bateri dan charger tak dpat dipisahkan. apelah makne bateri kalo kong, apelah makne charger kalo tak ngam dgan tempat penyambung..


---> mari kita masuk ke alam khayalan aku. wujudnya alien, penyokong tegar bateri. walau alien tahu bateri hanya boleh digunakan sekali utk meneruskan tenaga hp. alien ttp mggunakan bateri tanpa ragu2. habis satu bateri, digantikan dengan bateri lain. jatuh ego alien kalo nak pakai charger. mmg dasar mencemar alam sekitar.


selain itu, wujud juga golongan e.t yang hanya menggunakan charger setiap masa. mereka juga tegar dengan charger mereka. mereka sanggup tidak bermandiri kerana terikat dengan wayar charger mereka. golongan e.t sedar mereka perlu bergerak utk perkembangan yang lebih sihat. tapi kerana keegoan juga, golongan e.t hanya lantang mengutuk betapa terhadnya kebolehan bateri.


kan lagi elok alien bukak mata dengan kemampuan charger, agar mereka dapat menambah baik kegunaan beteri yg mereka kasihi. malah menyelamatkan alam sekitar. juga elok e.t pun tutup mulut dri bercakap tentang terhadnya bateri, lalu menambah baik bateri dengan aliran tenaga charger. malah golongan e.t dapat bergerak dengan mudah apabila menggunakan bateri.. hentikan belitan wayar, mulakan kemandirian dengan lebih efektif. hahaha..


maka, hidupla bateri dan charger dengan aman bahagia selama-lamanyer...


---> ok2, sila bangun semua. sila bangun dri alam khayalan ku yg sebentar tadi.


bias tetap akan bias selagi ego lebih besar dari kasih sayang. sekian.. isk2..


p/s: harap pembaca faham. =)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 18, 2012

empati

walau ape pun yang dia dapat. aku akan sokong dia. sbb dia adik aku. aku mahu faham ape yg dia rase. aku mahu tahu ape yang dia mahu.


aku mmg kecewa dengan prestasi periksa dia. dia belum terlambat. tapi dia kene la mula berubah dari skarang. aku malas nk cakap banyak. aku tanye dia 1 soalan je. dia tak rase bersalah ke dengan result yg dia dpat tu? dia jawab, ade. tapi yang mengecewakan aku skang, ape yang dibuat tak same dengan ape yang dicakapkan. tolonglah..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 15, 2012

rezeki

what u give; u get back. pepatah yang sangat sesuai. bila buat sesuatu keputusan atau perkara


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 8, 2012

nak main cak2 ke ape?

setiap kali nampak pintu terbuka. aku akan mendekat utk tahu apakah yang berada didalam, agar nnt aku yakin apabila memasukinya.


tapi selangkah kali aku mendekat, seinci pintu tertutup.


apekah?????


inverse setting ke ape brader? ingin jugak aku menghambur kan fuu.. skali.  tapi pintu ttp pintu. aku patut cari technician yang setup pintu ni. supaya dia bleh tukar setting. bagi same macam pintu2 automatik kat klcc.


Published with Blogger-droid v2.0.4

gambar berukuran passport


perkembangan terbaru : tiada. syukurlah hidup aku rutin. tempat yang sama, jalan yang sama, jumpa orang yang sama. 

lalu aku terbiasa dengan rutin. maka aku jadi penakut dengan sesuatu yang baru. aku dapat rase aku perlukan sesuatu yang baru. tapi ape yang baru aku pun tak tahu..

kelebihan berat badan masih belum ade pelan penurunan. baru sampai tahap niat jer. malas ah masalah utama nyer. :O

pengalaman kerja mematangkan fikiran. banyak mase lapang. dah macam kerja kerajaan. bezanya cume gaji basic. malah tolak epf dan masuk lambat. takde elaun tempat tinggal apetah lagi elaun parking.

kehidupan sosial hanya di fb & ym. keluar bersama teman dihujung minggu adalah limited edition. iaitu paling banyak 3 kali seTAHUN. kluar rumah hanya untuk ke tempat kerja & apabila berteman ibubapa. err.. yer, saya 24 tahun.

tiada kah point menarik di perenggan ke-6 ini ? musykil.. aku tak rase dewasa. aku rase macam budak 16 tahun. atau mungkin budak umur 16 tahun punye jalan cerita lebih menarik dari ini?

marilah diri aku, kite bla dari rutin. tak kira sudi atau tidak. mari kita keluar dengan rakan2 lebih kerap. maka hidup akan lebih seronok.

err.. benarkah begitu? apakah dengan seronok aku akan berasa lebih dewasa?

bersambung....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, June 4, 2012

gedik sekejap

huhu.. duk layan gambar teman sepermainan mase kecik2 dulu yang baru kawin.. tetiba aku tersentap dengan perasaan sendiri.. huwaa.. aku juga mahu.


awal mula aku nak post status kat facebook je pasal keteringinan ni. tapi lepas pikir sekali, baik tak payah. haha.. kalo buat jugak nanti wat malu je. baik aku wat entry baru. at least takde la aku dibahan kan member2 skolah & rase hati berjaya dilepaskan dengan aman tenteram.


err.. aku ingat kene trunkan berat dulu la.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, June 2, 2012

mimpi semalam

semalam aku bermimpi. genre mimpi aku macam2 ada seperti astro cuma lebih baik kerana mimpi aku free.


scene pertama, aku bertemu semula dengan fernando jose shelake.. aku berada di dalam kerata. aku tidak senang duduk. tapi masih berdiam diri. fernando jose memandu kereta menuju ke tepi pantai. dari jauh aku dapat melihat ombak pantai yang sungguh ganas mengalah kan ombak tsunami yang aku tengok dalam discovery channel. plak tu ombak kaler biru laut dlam. padahal tepi pantai. oh, celarunye. aku semakin takut. apekah fenando jose sudah giler? dah nampak ombak ganas macam tu dia tetap teruskan pemanduan ke tepi pantai. bongok!! kepala otak aku berfikir melihat tindakan beliau. fernando jose memakir kereta beliau di tepi pantai sambil tersenyum2 kambing. aku ingin menghadiahkan beliau sebuah penumbuk sulung. tapi aku tak buat, aku lebih khuatirkan ombak ganas tersebut. aku nak lari. aku jadi cemas. tapi fernando jose wat rilek macam takde pape. apekah penglihatan aku dengan penglihatan beliau berbeza? apakah dia melihat ombak pantai itu sepoi2 bahasa melayu? oh, ini memang giler. daripada aku mati di situ.. lebih baik aku mati jerana lari menyelamatkan diri. urgh!! secara spontan aku mencengkam lengan beliau sepaya beliau reverse kereta dan keluar. malang skali fernando jose shelake tak paham.


lalu degan sekelip mata aku dah masuk scene yang kedua. fuh.. lega dapat veramvus dari scene pertama yang suspen sengal itu. pelakon jugak tah pape. fernando jose shelake mungkin psikopat yang lari dari hospital mental. aku yakin dengan pendapat aku ini walaupun bermimpi..


scene kedua, aku bertemu dengan tores abraham. dah banyak kali beliau tanye bile aku free. tapi asal dia free je aku ade keje. dan bila dia keje, aku free la pulak! hadoi.. bertemu tores abraham didalam bangunan, yang ramai orang semengnye idea yang lebih baik daripada scene pertama tadi. kalo papehal pun aku boleh bla dengan senang. hehe.. aku berbual2 dengan tores abraham tidak lama. tapi disudahi dengan adegan merajuk pujuk dengan tak semena2. mula2 aku merajuk, tores abraham pujuk kejap, aku okei balik. memang merajuk mengada tu. sebab tu la cepat baik. hahaha.. lalu kami berbual2 lagi sehingga dia tiba2 merajuk. hai.. susah la plak aku nak pujuk si tores abraham ni. dia merajuk siap lari balik umah. aku cari tak jumpe plak. jumpe plastik barang yang dia beli aje. musykil aku dibuat tores abraham ni. tak sempat nak pujuk lagi ni. tetiba mimpi plak habis. argh!!! aku baru nak pujuk tak can plak. biarlah dia amik mase bersendiri. dah sejuk nanti ok la tu. berkata aku di dalam realiti. eh, terbawak2 pulak watak ni. =p


fuh! aku harap mimpi aku jadi mimpi je. letih tahu..


Published with Blogger-droid v2.0.4
There was an error in this gadget