Monday, December 31, 2012

azam 2013

kejap tadi ayah dah sediakan azam aku untuk tahun depan:

1. bangun pagi2, rajin buat kerja rumah..

2. kerja baik2, a.k.a gaji biar lah masyuk..

3. cari calon...

nak nangis dengar. tapi haruslah di cover dengan muka cool.. jumpe tahun depan.. ;-)

takkan pernah ada - geisha

"dia, memang hanya dia, ku slalu memikirkannya, tak pernah ada habisnya..

benar dia, benar hanya dia, ku slalu mnginginkannya, belaian dari tangannya..

mungkin hanya dia, harta yang paling terindah, di perjalnan hidupku, sejak gerak denyut nadiku..

mungkin hanya dia, indahnya sangat berbeda, ku haus merindukannya..

ku ingin kau tahu isi hatiku, kau lah yang terakhir dalam hidupku, tak ada yang lain hanya kamu, tak pernah ada, takkan pernah ada..

ku ingin kau slalu di fikiranku, kau yg slalu larut dalam dadaku, tak ada yg lain hnya kamu, tak pernah ada takkan pernah ada.."

LAGU ini memang indah bila diangan2kan dengan orang yang disukai.

TAPI lagu ini takkan sesuai untuk realiti aku yang sekarang ini ataupun untuk masa akan datang nanti.

SEBAB yang akan jadi nanti atas takdir n usaha aku. bukan dengan apa yang slalu aku berangan bila dengar lagu ni. haha..

YANG penting aku enjoice bila dengar lagu ini. ok?

ps: enjoy + rejoice = enjoice.. rojak versi omputih. boleh? hahaha..

Wednesday, December 26, 2012

hari selasa

perkembangan hari ni:

budak kecik yang gedik sudah mula ok.

tapi sebelum ok tadi ade jugak tu macam nak carik pasal.

kalau kau tibe2 hilang lagi budak kecik oi.. mmg panas balik hati aku yang dah sejuk ni.

nasib baik kau tak ke mana2.

memang berani la kalo kau ke mana2 dengan kerja kau yang belum siap tu.

yer.. memang aku boleh buatkan kerja kau.

tapi kau tak boleh nak buatkan kerja aku.

kalau kerja aku tergendala siapa nak siapkan??

tolonglah faham keadaan aku budak kecik.

tolonglah jadi besar sebagaimana besarnya badan kau.

tolonglah jadi matang sebagaimana matangnye rupa kau.

jangan lah main2 mcm kau tu budak darjah 6.

hmmh.. kalaulah kau boleh dengar aku membebel macam ni..

p/s: diam bila marah, kesannnye elok. tapi sakitnyeeee lah nak bertahan tu. Ya Allah...

Monday, December 24, 2012

ape ni?

teruk ke kesan yang aku dah buat?

sampai dah tak bleh bercakap, bergurau mcam biase?

aku ego ke ko yang ego ni?

bila jawab aku pandang muka boleh tak?

bagi tau aku ape salah aku...!

bagi tau aku ape yang aku buat kau rugi..!

jangan buat bodoh bleh tak?

sesak nafas aku la..

kacau jiwa aku..

Sunday, December 23, 2012

aku terbawa mimpi

aku terbawa mimpi semalam.

aku sangat terbawa2 dengan mimpi semalam.

aku asyik terfikir2 tentang hal yg berlaku dalam mimpi semalam.

berlaku di tempat yang biasa.

dengan orang yang rapat denganku.

dengan tujuan yang biasa.

tapi yang buat mimpi semalam luar biase, adalah dia.

aku nampak dia, aku menyorok. aku buat2 tak nampak bila dia lalu. dan bila dia dia pergi, aku rase kosong. rase rugi.

tapi kenapa aku menyorok? sedangkan aku sedar itu lah masanye?

ah... bodoh jugak aku ni..

Friday, December 21, 2012

separuh aku

pada suatu masa dahulu, wujudlah suatu suara berkata2 kepada puteri raja yang yang bersedih. sungguh merdu suara tersebut hingga terngiang2 di telinga puteri raja. demikianlah kata2 suara tersebut;

dan terjadi lagi kisah lama yang terulang kembali

kau terluka lagi dari cinta rumit yang kau jalani

aku ingin kau merasa
kamu mengerti aku mengerti kamu

aku ingin kau sadari cintamu bukakanlah dia

dengar laraku
suara hati ini memanggil namamu
kerna separuh aku dirimu

rupa-rupanya suara tersebut datang dari seorang lelaki ensem bernama ariel dari kumpulan tali noah bersaudara.. 

ceh...

Tuesday, December 18, 2012

cengkerik

bosan yang amat sangat. aku tau aku tak patut menaip disini. tapi ini yang paling senang. tulis pasal diri sendiri memang lah tak berguna untuk orang lain baca. tapi sekurang-kurangnya, lega la skit aku rase.. uhuk2..

sunyi kan, bile dah masuk zaman bekerja ni. duk umah dengan mak ayah, bila berbual isunye tak lari dari jodoh jodoh jodoh. letih telinga dengar. maka aku akan contact kawan2, tanye serba sikit. dah diorang pulak bz dengan hal memasing. kalo kene yang lagi jujur, sepatah tanye, sepatah jawab. memang fahamlah aku diorng malas nak diajak berbual. huhu..

sesungguhnye, kesunyian lah rase aku nih. cubelah ade yang melayan aku bila2 masa, alangkah syoknye... ya Allah, tolonglah bagi aku satu penghilang sunyi.

ps: bunyi cengkerik sangat sinonim dengan sunyi.. huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 15, 2012

mimpi

semalam aku bermimpi

emak membenarkan aku keluar negara

dengan seorang lelaki

sungguh ajaib..

aku mahu ceritakan mimpi ini kepada dunia.

sungguh seronok aku di mimpi itu.

dan bila aku dah terjaga,

aku hanya tersenyum dan sedar itu hanya mimpi.

yang indah.

(^_^)

Published with Blogger-droid v2.0.9

parut

aku sedar aku patut bersyukur. kemalangan tu walaupun buat dahi aku berparut, tapi kepala aku tak mereng. aku boleh lagi berfikir waras. ade masa bila cakap pasal parut di dahi ni dengan orang lain, rase klaka...

tapi tak tak tau la kenapa sejak beberapa hari ni, aku rase kacau dengan parut ni. aku rase parut tebal ni menyemak betul kat atas dahi. aku rase down.. aku rase hodoh betul. ade ke orang nak bile tgok parut sebesar ni kat muke. macam gangster kene halau ade lah.. ianya nampak hodoh.

dan bila kata2 lawak dari jiran ke, sedara ke, kawan ke, memang la aku gelak jer. aku malas nak melankoli depan orang. selagi aku bleh  sabar. aku berlagak je la macam ape yang korang fikirkan. tapi dalam dalam hati ni Allah je yang tau sentap nye. korang takde parut mcm ni, boleh la bajet benda ni klaka kan?

takkan mampu korang faham, selagi benda tu korang tak rase sendiri. melainkan dengan orang yang ikhlas aku boleh rase la kalo korang ikhlas atau sekadar nak cover balik ape yang terlepas dari mulut yang longkang itu.

orang yg diam tu bukan makna dia setuju atau kalah. agama kita ajar, diam lah sebaik2 tindakan bila marah. faham??

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 12, 2012

tiada dalam senarai

macam mane nak cakap? susah..

sebab tu lah taip kat sini..

aku fail interview hari tu..

aku bersyukur, kerana doa aku termakbul..

aku tahu aku tak layak utk jawatan tu..

kesian kat anak murid, kalo dapat 'ustzah' yg mengaji pun tersengguk2..

dan aku akan rasa bersalah jika aku termasuk dalam senarai tu..

perancangan hidup, aku yang pilih?
>>Ya<<

takdir yang telah, sedang, & akan berlaku?
>>>Allah tentukan<<<

sesungguhnya, hati aku lapang walaupun tak dapat..

kerana aku yakin dengan rezeki Allah bagi untuk usaha aku..

( ^_^ )

Published with Blogger-droid v2.0.9

hujan tanah tinggi

bersiar2 ke cameron highland,menarik..

cuacanye sejuk, pokok bunga nya segar...

tapi dimusim hujan ni, terbatas lah pergerakkan..

tak dapat nak berkelah, tapi dapat jugak tengok kebun strawberi..

dapat bau strawberi segar, hmmm sedapnye...

kan bagus kalo ade kamera dslr, dapat amik gambar cantik2..

sebab gambar dalam kamera aku, tak secantik dengan ape yang aku pandang dengan mata aku sendiri..

tapi ape yang paling aku ingat, bunga tepi jalan pun segar macam dijaga rapi. padahal dibiar jer, subur betul tanah kat sana.

=D

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 7, 2012

kabut serabut

Sejahtera hendaknya..

dinner. suatu perkara yang sangat seronok time universiti dulu. kalo lagi dua minggu nak dinner, masing2 dah bz nak cari baju ikut tema.

sekarang, dinner adalah satu benda yang menimbulkan serabut di kepala otak. bukan sebab aku nak kene handle dinner tu pun. takde tema pun. lagi la double senang nak pegi.

tapi masalahnye dengan siapa aku nak pegi. kawan2 dekat dangan rumah, aku tak ajak, sebab aku tak rapat. takkan la senyap je selama ni, tetiba ajak g dinner. pelik kot bagi aku.. kawan yang best2 pulak duk jauh. nak bawak parents aku, diorang pulak tak nak pegi.

tahun lepas, aku g sorang. ayah tolong hantar je, sbb dia keje time tu. walaupun ofis mate ramai, diorang tu ade partner. memang la berbual, memang la bising2, tapi sunyi tetap menyerang tahu tak????? itu berlaku bila diorang borak dgn partner memasing. urgh, rase cam baik aku tak payah pegi. makan nasi lauk kicap kat umah dengan family lagi happening la... oi...!! (baca dgn mood yang marah sbb frust..)

dinner tahun ni aku plan nak ajak ila. jiran aku. tapi sampai sekarang aku tak ajak lagi, sebab hati aku berat. sebab dia sangat 'jujur' orangnye. kang keluar komen 'jujur' tgah dinner tu kang aku jugak yang tanggung bile masuk kerja karang.. lagi sorang, nuar. pakcik sorang ni kemain lebat lagi nak mgikut kat dlm fb. hari ni aku double confirm dgn dia, katanya segan pulak. tau tak ini adalah memgecewakan? kalo sekadar nak gurau2, sile gurau kasar skit baru aku tak amik serius. ade paham tak? giler ah.. dah la dinner mgu depan. pegi sorang2 lagi tahun ni? giler..

aku tau benda kecik jer ni. DEPAN2 memang la aku blagak cool dengan jayanye.. tapi DALAM jiwa ni yang serabut. bila orang sekeliling duk sibuk tanye.  telinga aku ni tak pekak, bunyi soalan2 tu sume trus masuk sel otak. bila dalam hati berkadar songsang dengan ape yang di ekspresikan kat muka. memang Allah je la yg tau senak nye macam mane. paham??

dah la. makin taip makin sakit hati. baik tido, nak mimpi aaron aziz jadian lagi nyaman. biar aku jadi maya karin jadian..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 6, 2012

mendung

hari ini hari wednesday blues.. aku rase malas, lesu, n sentap skit. kerana....

seorang budak kecik yg berbadan besar berkata kepadaku, "kite takleh mainkan hati orang, dan kite takleh nak berharap sangat kat orang tu.. sebab kite tak tau ape yg akan jdi nanti"

fuh.. rase mcam crite lama diputar kembali di depan mata. makan dlm punye budak kecik nih.. ish...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 3, 2012

gurau

ayah demam. ayah demam panas. ayah bergurau dengan mak. ayah cakap, 'nak mati dah ni'... mak faham ayah tengah buat lawak hard core macam tu. mak cakap, 'jangan mati lagi, anak tak kawin lagi tu'.. pastu diorang ketawa terbahak2 secara duet..

penting betul bagi diorang bab kawinkan anak ni. padahal anak diorang ni takut giler + tak ready + tak de sape datang merisik = blurr..

ok, berbalik pasal ayah, hari ni ayah dah makin sihat. dia teringin nak makan steak pulak malam ni. harap2 jumpe la restoran yang best. ;-)

p/s: plan tertunda, makes heart grow founder..

Published with Blogger-droid v2.0.9
There was an error in this gadget