Friday, August 31, 2012

M.E.R.D.E.K.A

maafkan aku.

selalu sangat post entry pasal dri sendiri. harusnya aku post pasal benda yang paling kurang pun berinfo untuk yang membaca kat sini.

maka hari ni aku cuma nak kongsi pandangan aku pasal merdeka. 1957 dulu memang bersemangat orang sambut merdeka. sebab mereka sangat jelas dengan ape yang diorang merdekakan.

zamn aku skolah dulu, memang dah diajarkan kenapa kita sambut merdeka. maka aku faham.

bila aku sambung belajar, aku mula persoalkan Cara yang sebenar sambut merdeka. aku mula terfikir, betulke sekadar  kira turun detik 12am, 31 Ogos je? aku mula nak tau, ape lagi yang paling penting sebenarnya bila hari memperingati kemerdekaan.

paling mudah buat aku sekarang, berdoa kepada Allah agar Malaysia dapat kekal merdeka dari penjajahan fizikal dan juga selaku rakyatnya, agar bebas dari penjajahan mental. aminnnnn...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 30, 2012

telefon berbayar

im at the payphone trying to call home but all my change i spent on you..

where have the times gone, baby it's all wrong where are the plans we made for two..

if happy ever after did exist,
i will still be holding u like this..

every fairy tale are full of this,
one more stupid love song i'll be sick..

-aku kat sini, nak call rumah tapi duit habis, blanje kau tadi..

-dah takde mase ke sayang, semua tak kene, mane pergi plan kite berdua ?

-kalo bahagia selamanya memang wujud, aku bersama kau sekarang ni..

-semua kisah dongeng pun mcam ni, pengsan aku kalo dengar lagu jiwang lagi..

**ni bukan google translate; ni sarah zul translate. hehehe.. ;-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 29, 2012

the call

because of it,

i sleep late last night.

eventhough there is nothing important to do.

it makes me stay up till late.

but it was kind of good feeling.


i wish i get the call every night.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 28, 2012

Pintu-Rumah-Terbuka..

assalamualaikum..

pintu yang diketuk terlalu kuat, buat penghuni di dalamnya takut untuk membuka pintu tersebut.

pintu yang diketuk terlalu perlahan, mungkin tidak didengari penghuni didalamnya.

pintu yang diketuk dengan 3 kali ketukan beserta salam. meyakinkan penghuni di dalam untuk membuka pintu tersebut.

maka pabila pintu dibuka, pasti tuan rumah akan bertanya akan asal usul mu dan apa tujuanmu.

jika baik tujuanmu, pasti kamu akan dipelawa masuk dengan senyuman ikhlas. jika buruk tujuanmu, pasti akan ada alasan diberi agar segera kamu pergi..

dan sekarang,






jemputlah masuk.. =)

Published with Blogger-droid v2.0.6

kerana hujung jari

sudah pun aku karang cereka fiksyen 
agar aku lega dan lapang
dari hal yang membelenggu hati dan fikiran
kerana aku malu untuk berterus terang

tapi kerana sentuhan hujung jari 
pada pautan yang salah
hilang sudah sebuah entri
yang tadi dengan lapang aku gubah

lalu aku cuba mengarang semula
tapi beza cara cerita yg terhasil 
buat aku buntu 

mungkin ada hikmah
agar aku dapat nyatakan 
dengan lebih indah..





Monday, August 27, 2012

akuarium biru

aku suke betul tgok ikan warna warni dlam akuarium yang background nye royal blue.. macam yang munirah tag hari tu.

kalo dapat mengadap akuarium tu sebarang 2 ke 3 minit pun mungkin cukup utk lupakan keliru dalam kepala.

dan mesti lagi seronok bile dapat tengok ikan warna warni ni berenang2 kat pinggir laut yg airnye jernih.

ps: oh, berangan memang indah..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 26, 2012

pape jelah..

benci2.. kawin..

susah giler soalan.. dapat A..

kering la bulan ni.. dlam akaun beribu..

suara tinggi mcam marah.. mane ade, cakap jer..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 16, 2012

saye tak faham o_0

sila lah terangkan pada saya.
wahai mereka yang mengaku dirinya sunyi dan tidak gembira.
apabila datang pada mereka rakan yang mahu menemani,
tapi hambar dan tawar jawapan yang diterima.

bukankah sunyi itu bermakna keseorangan?
bukankah ketika mereka mengaku sunyi di alam maya ini,
bermakna mereka mahukan teman untuk memahami mereka?

atau mungkin mereka mahu bersama orang lain yang lebih mereka sukai berbanding teman2 yang menyinggah tegur ini..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 12, 2012

jeles, tapi takpe...

assalamualaikum.

sesungguhnye aku memang jeles dengan kawan2 yang bergelar cikgu. disebabkan diorg punye gaji yang jauh lagi tinggi dripada aku walaupun diorang baru je start keje beberapa bulan, kejap2 naik gaji.. kejap2 bonus.. asyik2 cuti.. Cuti yang tak tahan tu. mane ade ade keje yang boleh cuti straight 2 bulan? kalo ade, cube citer ngan aku apekah pekerjaan tersebut.. huu....

tapi

sempena tiada setan penghasut dibulan ramadhan yang mulia ni, aku telah bersangka baik. memikirkan keje mengajar anak orang seramai +/- 30 orang dalam satu-satu mase, beserta perangai yang macam2, aku tarik balik perasaan jeles aku tadi. dan aku tukar dengan respect. sebab aku sedar, jadi cikgu ni susah. lagipun aku penah try jadi cikgu skejap. sebab tu lah aku boleh tune balik perasaan jeles aku ni kepada respect.

dan

aku yakin rezeki aku Allah dah tentukan. juga aku bersyukur dengan ape yang aku ade skarang. dan impian tetap aku kejar. biarlah lambat asalkan selamat.. =)

Allahu akbar...

wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 3, 2012

serius sunyi

assalamualaikum.

beruntungnye orang2 yang ade pasangan. agak2 bosan jer, boleh chit chat. mesti reply punye la. kalo single macam aku ni, sepuluh member perempuan yg aku say 'hi'. mungkin sorang je yang jawab. tu pun habis mcm tu je. takde nak cite panjang.  sedey2... ni la nasib bile kawan2 ramai yg dh kawin. buzy sokmo... dh takde mase dh nak layan mcm time blaja dulu.. wuwuwu...

n bile aku nak say 'hi' kat member lelaki, memang berat la. nnt kang diorg pikir aku menggatal. paling2 pun aku try je la sekali kat sape2 yang aku rase sempoi . kira berani la tu. tapi tak best la.. kepala otak aku fikir tindakan tersebut adalah tindakan menggatal. maka, harus dihentikan.

wu... nape time aku nak tulis blog je, bateri pun nak kong? tak de kerjasame betul la.. wuwuwu... sedey33x..... T_T

uwaaaaaaaaa....!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6
There was an error in this gadget