Saturday, February 9, 2013

beza

salam.

di suatu ketika, aku dengar budak kecik cakap.. "memang la saye tgah bercinta dgn dia.. tapi kita takleh nak harap 100% dekat dia. sbb kita x tau ape akan jadi masa depan.."

ohoooo hoi...! selaku pempuan, sentap je bila aku dengar budak ni cakap mcm tu lah. tahukah kamu wahai budak? orang perempuan, kalo dh bercinta tu, mmg target lelaki tu bakal 'imam' dia tau.. harapan orang perempuan ni mmg 100%. bab mase depan tu mmg dh siap target. takde dah istilah 'tgoklah nanti macam mane'. takde.. takde.. no such thing..!

kemudian budak tu sambung lagi, "tapi mak saye pun ckap, jangan mainkan hati pempuan.. kene jage elok2"

mak ai... ko ni mane satu budak? ko mmg dasar tarik tali la.. tadi gaye cakap mcam x kisah. sekarang, nak tunjuk setia pulak??

hmm... ape2 je lah budak. yang aku faham sekarang, lelaki ngan perempuan punye 'mind set' adalah seperti kutub utara dan selatan. dua2 sejuk tapi jauh. dua2 nak kasih syg, tapi cara fikir berbeza...

pandang semula pengalaman dulu, buat aku terfikir, kenapalah aku x dengar nasihat mcm ni mase aku baru nk remaja dulu? bila tau budak lelaki fikir macam ni, boleh la aku backup 'mind set' aku ni. takdelah frust giler bile break tu. hahaha...

walau ape pun, benda dah lepas ni aku jadikan sempadan, tinggi punye sempadan... sampai orang ckap aku yg memilih. tapi sebenarnye aku x memilih pun. aku cume takut. takut kene tipu mcam dulu..

benda yg x diketahui, mmg la buat rase takut. kan..?

No comments:

There was an error in this gadget