Wednesday, February 22, 2012

semalam 23, hari ni 24

itu bukan ukuran pinggang.. harap maklum..
itu umur aku.. dah selamat 24 tahun hidup,
tapi belum tentu dia 'alam' sana.
harap2 selamat..

cabaran hidup dah mula terasa,
malah makin banyak yang akan mendatang..
tapi aku masih dalam lingkungan selesa...
disamping keluarga.

aku belum betah berdikari..
aku fikir, aku mampu,
tapi aku fikir lagi..
bersama mereka adalah lebih baik untukku..

sehari-hari bekerja..
yang aku rasakan mudah awalnya,
semakin menampakkan belangnya kepadaku..
tapi tak mengapa,
aku faham, memang ini ramuan hidup.

tinggal aku untuk mengadun,
masak dan akhirnya..
menghidang untuk dinilai..
di 'esok' nanti.

harap-harap 24 tahun lalu diberkati..
dan 24 tahun akan datang dirahmati..
harap-harap aku selamat disana nanti..
menggapai syurga hakiki..

juga harap-harap aku berteman nanti,
untuk bersama di syurga abadi..
selamatkan aku Ya Illahi..

No comments:

There was an error in this gadget