Saturday, June 2, 2012

mimpi semalam

semalam aku bermimpi. genre mimpi aku macam2 ada seperti astro cuma lebih baik kerana mimpi aku free.


scene pertama, aku bertemu semula dengan fernando jose shelake.. aku berada di dalam kerata. aku tidak senang duduk. tapi masih berdiam diri. fernando jose memandu kereta menuju ke tepi pantai. dari jauh aku dapat melihat ombak pantai yang sungguh ganas mengalah kan ombak tsunami yang aku tengok dalam discovery channel. plak tu ombak kaler biru laut dlam. padahal tepi pantai. oh, celarunye. aku semakin takut. apekah fenando jose sudah giler? dah nampak ombak ganas macam tu dia tetap teruskan pemanduan ke tepi pantai. bongok!! kepala otak aku berfikir melihat tindakan beliau. fernando jose memakir kereta beliau di tepi pantai sambil tersenyum2 kambing. aku ingin menghadiahkan beliau sebuah penumbuk sulung. tapi aku tak buat, aku lebih khuatirkan ombak ganas tersebut. aku nak lari. aku jadi cemas. tapi fernando jose wat rilek macam takde pape. apekah penglihatan aku dengan penglihatan beliau berbeza? apakah dia melihat ombak pantai itu sepoi2 bahasa melayu? oh, ini memang giler. daripada aku mati di situ.. lebih baik aku mati jerana lari menyelamatkan diri. urgh!! secara spontan aku mencengkam lengan beliau sepaya beliau reverse kereta dan keluar. malang skali fernando jose shelake tak paham.


lalu degan sekelip mata aku dah masuk scene yang kedua. fuh.. lega dapat veramvus dari scene pertama yang suspen sengal itu. pelakon jugak tah pape. fernando jose shelake mungkin psikopat yang lari dari hospital mental. aku yakin dengan pendapat aku ini walaupun bermimpi..


scene kedua, aku bertemu dengan tores abraham. dah banyak kali beliau tanye bile aku free. tapi asal dia free je aku ade keje. dan bila dia keje, aku free la pulak! hadoi.. bertemu tores abraham didalam bangunan, yang ramai orang semengnye idea yang lebih baik daripada scene pertama tadi. kalo papehal pun aku boleh bla dengan senang. hehe.. aku berbual2 dengan tores abraham tidak lama. tapi disudahi dengan adegan merajuk pujuk dengan tak semena2. mula2 aku merajuk, tores abraham pujuk kejap, aku okei balik. memang merajuk mengada tu. sebab tu la cepat baik. hahaha.. lalu kami berbual2 lagi sehingga dia tiba2 merajuk. hai.. susah la plak aku nak pujuk si tores abraham ni. dia merajuk siap lari balik umah. aku cari tak jumpe plak. jumpe plastik barang yang dia beli aje. musykil aku dibuat tores abraham ni. tak sempat nak pujuk lagi ni. tetiba mimpi plak habis. argh!!! aku baru nak pujuk tak can plak. biarlah dia amik mase bersendiri. dah sejuk nanti ok la tu. berkata aku di dalam realiti. eh, terbawak2 pulak watak ni. =p


fuh! aku harap mimpi aku jadi mimpi je. letih tahu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: