Tuesday, June 19, 2012

bias

bias: berat sebelah. asalnya aku tak amik tahu pasal politik. tapi memandangkan aku dah kne mngundi thun ni, maka aku kene lah jugak amik tau perkembangan politik semasa.


susah betul nak buat keputusan bila dah nampak kelebihan dan kekurangan pesaing2 politik malaysia. aku nampak, tapi tak jelas. sbb aku baru cuba nak korek2 data n maklumat, bru bleh wat analisis tak pun hepotesis, mungkin? haha.. ape2 je lah.


yang sebenarnya, aku makin hari makin pening dgn perjuangan pesaing2 politik malaysia. yang lagi buat aku meluat dan tak de mood nak amik tahu pasal politik ialah bila mereka2 yang taksub sangat dgan pilihan masing2, sampai langsung tak bukak mata utk tengok kebaikan yang pesaing2 mereka dah buat. sampai semuanya salah.


nak bagi contoh sebenar, aku tak pandai nak explain dan aku takde kesahihan. maka aku wat analogi la kan, mungkin sape2 yang mahu faham maksudku akan faham.


begini, ada dua pihak iaitu pihak bateri dan pihak charger. dua2 matlamatnya nak memberikan tenaga kpd hp supaya dapat digunakan.


-sila abaikan tentang topup & telco line-


mari lihat pada bateri, kelebihan bateri: tempat simpanan tenaga utama untuk hp. tanpanya, hp hanyalah sebuah gabungan plastik dan logam. kekurangan beteri: tenaga dibekalkan bergantung pada kapasiti bateri sahaja. tidak berpanjangan, terhad.


seterusnya pesaing kepada bateri,charger. kelebihan charger: sumber tenaga aktif kepada hp. mampu mengaktifkan hp dengan segera. mampu bertahan lama insyallah, selagi tenaga elektrik wujud kat bumi ni. kekurangan: hanya berfungsi apabila wujudnya soket supaya dapat menyalurkan arus elektrik.


secara normal, kite mesti fikir bateri dan charger tak dpat dipisahkan. apelah makne bateri kalo kong, apelah makne charger kalo tak ngam dgan tempat penyambung..


---> mari kita masuk ke alam khayalan aku. wujudnya alien, penyokong tegar bateri. walau alien tahu bateri hanya boleh digunakan sekali utk meneruskan tenaga hp. alien ttp mggunakan bateri tanpa ragu2. habis satu bateri, digantikan dengan bateri lain. jatuh ego alien kalo nak pakai charger. mmg dasar mencemar alam sekitar.


selain itu, wujud juga golongan e.t yang hanya menggunakan charger setiap masa. mereka juga tegar dengan charger mereka. mereka sanggup tidak bermandiri kerana terikat dengan wayar charger mereka. golongan e.t sedar mereka perlu bergerak utk perkembangan yang lebih sihat. tapi kerana keegoan juga, golongan e.t hanya lantang mengutuk betapa terhadnya kebolehan bateri.


kan lagi elok alien bukak mata dengan kemampuan charger, agar mereka dapat menambah baik kegunaan beteri yg mereka kasihi. malah menyelamatkan alam sekitar. juga elok e.t pun tutup mulut dri bercakap tentang terhadnya bateri, lalu menambah baik bateri dengan aliran tenaga charger. malah golongan e.t dapat bergerak dengan mudah apabila menggunakan bateri.. hentikan belitan wayar, mulakan kemandirian dengan lebih efektif. hahaha..


maka, hidupla bateri dan charger dengan aman bahagia selama-lamanyer...


---> ok2, sila bangun semua. sila bangun dri alam khayalan ku yg sebentar tadi.


bias tetap akan bias selagi ego lebih besar dari kasih sayang. sekian.. isk2..


p/s: harap pembaca faham. =)


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: