Wednesday, September 19, 2012

fitna

dari kecik mase mula2 aku dengar ungkapan 'wanita itu fitnah di akhir zaman'. aku memang tak faham. yang aku faham pasal fitnah ialah bila seseorang memburukkan seseorang yang lain dengan fakta palsu.  dan tak kiralah lelaki ke perempuan, fitnah sesiapa pun boleh buat. dan bagi perempuan yang tak buat finah seperti definisi diatas, dia bukanlah fitnah. wanita bukanlah fitnah. ungkapan itu seperti tidak adil.

itu dulu. sekarang, aku seperti terbuka mata untuk melihat dengan mendalam ape maksud ungkapan diatas.  dengan ape yang berlaku sekarang, disekeliling. aku mulai faham. perempuan yang berpakaian tapi tak tutup aurat itu lah fitnahnya.. nampak cantik, rase seronok. tapi cantik dan seronok tu sekejap je. cantik dan seronok ini palsu. yang sebenarnya kat akhirat nanti perempuan tu kene soal, jawab macamane pun, yang salah tetap salah. dan yang salah akan dihukum. kecuali bagi yang dah bertaubat dan taubat itu diterima. beruntunglah mereka yang bertaubat.

aku harap aku dapat ubah diri aku. aku sedar, aku masih ada unsur fitna.

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

diba said...

alhmdulilh..makin hari makin faham kan.jaga lah diri kita sebagai perempuan

sarah zulk said...

baik cikgu diba.. hehe..

There was an error in this gadget