Monday, September 3, 2012

vouz me manquez?

tak senang duduk aku malam ni. penangan rindu la ni. dia tak online.. takkan nak bagitau aku rindu guna sms plak. nanti terkejut pulak dia. dah la takde pape, tetiba cakap rindu? agak gila disitu.. jangan bagi orang sakit jantung sarah.. 0_o tanak la camtu. nak call tanye khabar pun nampak macam menyibuk pulak perempuan ni.. peribahasa hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong memang terngiang2 kat dalam fikiran ni.

nak usha kt fb pun dah sejam skali aku tgok takde pun status baru. giler betul la pnyakit ni. kalo demam boleh jugak aku makan panadol pastu  tido. ni dah la takde ubat. takkan la aku nak telan je ubat tak berkaitan. teringat pulak peribahsa feymes n9 tu.. takdo beban, batu digalas. tak kuase de...

walau ape pun, matlamatnye nak melepaskan rase yg terbungkam nih. supaya aku dapat tido lena, dan memelihara bawah mata daripada lebam nih.. eceh, gaye cerita macam la jaga sangat muka tu. padahal, Tuhan aje yang tau.

aku fikir nak share dengan ainil ke, fiza ke, tapi makin bz la pulak mereka pun. takkan la tetiba aku nak share benda cmni kat member yang jarang aku chat. macam pelik sangat la pulak. walaupun aku percaya jer boleh share dengan member lain, tapi dengan dua orang ni je lah yang aku SELESA n percaya.

so, blog sunyi ni jugaklah yang aku rase paling sesuai la nak menapak. dari tak senang duduk, baring, telentang, baik aku cerita kat sini. well, nobody cares here.. buat aku rase lega sekejap sebab dapat bebaskan benda2 yang menyesakkan hati dan pada masa yang sama aku tak kacau siapa-siapa.
sekian. wassalam.

p/s: tajuk tu bhasa perancis.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

There was an error in this gadget