Monday, October 8, 2012

belum musim bunga

bercakap pasal kemandirian, aku ade harapan.

sejak kita berjumpa semula.

sejak kita rapat semula.

sejak kita kongsi masalah masing2.

sejak kita mula menyokong satu sama lain.

sejak kau jatuh cinta dengan sesiapa sahaja.

aku tak pernah padamkan harapan aku. jika harapan itu boleh ditulis, aku mahu ukir di atas batu dalam gua. biar tahan lama, terlindung dari agen penghakisan air @ angin @ manusia lain. 

aku ada harapan untuk bertunas, berbunga, berdaun. tapi sebab musim tak sesuai, aku tangguhkan pengakuan aku. harus berhibernasi.. kalau aku teruskan di tengah salji ini, mungkin mati.

bila musim bunga nanti..

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: