Tuesday, October 23, 2012

bukan berlakon

aku cenderung untuk merubah perangai yang hari2 aku guna kepada perangai yang lebih senonoh apabila berdepan dengan orang yang tidak berapa aku kenal. aku percaya, kebanyakkan orang juga berperangai seperti ini.

kerana persepsi pertama itu penting. mungkin itu yang buat aku berperangai sedemikian. contoh; gelak cover, makan sikit, mudah bersetuju dengan ape2 cadangan, senyum sokmo & rajin.
jika mahu disenaraikan lagi tentu panjang post kali ini. juga makin banyak la sifat berlawanan yang hari2 aku gunapakai akan diketahui. maka, contoh skit2 sudah.. haha..

itu perangai bila berdepan dengan  yang tak berapa dikenali. tapi bila berdepan dengan yang mahu mahu mahu mahu mahu aku kenali  boleh la dikatakan senonoh nye perangai tu akan didarab 5. ha.. baikkan? maka, kesenonohan itu aku doakan melekat menjadi perangai seharian.

maka kesimpulan aku  disini, berperangai senonoh tu bukan berlakon. betuli diri cuma. juga tanda hormat aku kepada mereka yang aku depani.

bak kata orang klate: i'll behave when i respect. it's the true color of me as well.. hahaha..

akhir kata, hanya jauhari mengenal manikam, bila malaikat lalu satu kelas diam.. hehehe.. =p


Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

There was an error in this gadget