Sunday, November 18, 2012

'makan dalam' punye kias

pokok kelapa tumbuhnya tinggi,
dimusim hujan bergugur daun,
tengok gambar ok lagi..
baca komen terus 'down'..

tersangkut duri, kain terkoyak,
semasa menyiram bunga di pagar,
nak terasa, tahu tak layak..
nak mengaku, suara x keluar..

sampan terapung diatas laut,
silau mata dek terik mentari,
hendak berharap, aku takut..
masa tak sesuai, kecewa nanti..

lapar perut dimalam hari,
senyap2 membuka peti,
walau siapa pun orangnye nanti..
harap kami saling memahami..

pucuk daun tumbuhnya tinggi,
walaupun tinggi tetap didaki,
maut dan jodoh rahsia Illahi..
bila dan siapa, redha je lah nanti..

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: