Thursday, January 17, 2013

biar aku komen puas2..

entry kali ni penuh dengan kata2 kasar. harap maaf. aku tak leh bla dengan sesetengah drama tv skang ni.. dibawah juga adalah ingatan utk dri aku sendri.

malam. mahu menonton tv. tapi malang channel tak leh nak tukar. mak nak tgok drama tv9. aku dah stress dgn jalan crite. dah pulak tambah dengan ulasan emosi mak aku.

aku rasa menyampah. bagi aku, drama tu mmg bodoh. masalah sosial orang muda yg kawin pakse smata2 nk puaskan hati org lain. takde makna kau buat benda untuk org lain. orang bijak pintar ialah orang yang buat benda kerana Allah. bila dah cover kerana Allah, yang lain2 pun takde lah merana.. tahu tak penulis skrip sekalian alam?

sangat tempang!! bila mereka yg digambarkan sbg bekerjaya hebat, tender juta2, tapi soal hidup mati kahwin cerai tetiba jadi bengong.

aku penah dengar satu ayat bodoh abadi, "aku sanggup kecewa untuk lihat kau bahagia". sape lah yg cipta ayat ni? kalo dah kapel tu setia je la. dah kenapa tetiba bodoh, ingat bekorban la tu konon? otak cramp tak leh fikir? kalo dah dua2 sayang kenapa lembik mcam sayur layu? kenapa tak reti nak pertahankan ape yg ada? kenapa lebih senang nak give up kalau matlamat nak kawin tu ada?

takde pulak ayat realiti "aku sanggup ke neraka untuk berkapel ngan kau" kenapa tak give up mase tgah kapel yg sah2 berdosa tu? tau salah pun buat. sebab? seronok..well, aku pun same je. manusia kan, mmg la ade salah. tapi yg penting bila dah tau tu stop la..

ni x, yg haram tu nampak baik je.. yang halal ni dibuat2 susah. bila kapel lame2, tetiba tak jadi kawin, dikatanya takde jodoh.. senang giler ko salah kan takdir. mase kapel tu ade pikir takdir? tak malu, takdir pulak yang dituduhnye. Allah tak ubah nasib sesuatu kaum kalau kaum tu tak BERUSAHA. penah dengar tak? betulkan aku, kalo aku salah.

bila dah boleh buat yg betul, tak nak pulak. memang dasar korupsi punye sosial. mase blajar fekah darjah 6 dulu ponteng kelas agaknye? benda basic pun buta.. kalo lupa bleh diingatkan lagi. tapi kalo mmg tak nak amik tau n tak nak dengar, memang nak kesian pun tak layak la. zalim dengan diri sendiri.

Islam tak ajar umatnye untuk hidup dalam sedih la woi. penulis2 skrip ni pun. buat latar masa/manusia/tempat yg hebat, tapi jalan crite nya macam level budak baru nk baligh. haiya.. aku tak bleh terima la benda mcm ni. tolong la bg cerita bijak2 skit. sedikit bijak pun ok dah.. daripada bodoh sangt dah drama skang ni.

nak tunjuk cara berkorban pun bertempat la, agak2 la. ape makna bekorban kalo menghala ke neraka? berkorban jaga hati mak bapak tak reti pulak? ke terlupa? tolong la ajar benda baik dengan tunjukkan yg baik. bukan tunjukkan yg buruk pastu nak orang yg tengok tu automatik paham ape yang baik.

p/s: tv sangt mempengaruhi masyarakat & termasuklah aku. maka tolonglah ajari aku benda yg membina. bukan membodohkan.. uuurghhhhhhh!!!!

No comments: