Monday, January 7, 2013

pernah

lemah.. aku pernah jadi lemah. bila benda yg yang aku tak nak berlaku, tetap jugak berlaku.. lalu aku pun jadi lemah.

tapi itu memang normal. sekali tsunami datang, sekali pantai berubah.. tapi lepas tsunami berhenti, pantai tu akan jadi ok balik dengan ombak2 yang selalu ada. ombak yang selalu hanyutkan apa2 yang tertinggal di pantai.

seperti aku yang pernah luka dulu, tapi sekarang dah pulih. biarlah berparut. yang penting luka aku sembuh. memang down masa bila aku bukak balut luka tu. dengan benang jahitan yang sangat jelas dan banyak. aku rase aku paling hodoh di dunia. makin aku tengok luka tu, makin aku lembik dibuatnye. huh! sempat buat hipotesis tau..

tapi itu semua telah aku atasi. aku mula sedar;

kalo tak nak lembik = mesti jadi kuat.
orang yg kuat = orang yang sabar.
maka, = mesti jadi orang yang kuat sabar..

itu formula A, lagi satu cara pun ada. lagi senang. sebab formula dia pendek je;

nak jadi kuat mestilah mintak dari Yang Maha Kuat.. Allah..

last skali, aku bertindak untuk jarang tengok luka tu. bila perlu jer tau cik jah.. semakin tak tengok luka tu, semakin kuat jadinya..

well, cubalah. mane tau bekesan.

sekian, wassalam..

ps: gaya bhasa yang konon2 ade 100 orang yang akan bace entry ni.. haha.. LOL !

No comments:

There was an error in this gadget