Saturday, December 4, 2010

Graduasi

minggu yang penuh dengan kepelbagaian emosi untukku.. mmg benar marah ku kepada seseorang sudah reda.. dan kerana itu lah aku mampu menulis petikan ini.. 


tidak sampai pun 5 minit aku di pentas itu.. barangkali itulah kali pertama dan kali terakhirku menjejak kaki di pentas dewan sri budiman yang berkarpet merah, menatap mata dengan timbalan naib chanselor untuk 2 saat.... Pantas tapi bermakna... Syukur Ya Allah, impianku memang menjadi kenyataan.... =)

wah gitu.. mari kita tukar gaya penulisan... aku juga sedar, dengan istiadat yang gilang gemilang, persiapan untuk hari tersebut juga seperti menyambut raya di Malaysia.. betapa bersejarahnya bila ijazah berjaya sampai di tangan.. tapi aku juga sedar, tanggungjawab sebagai siswazah juga sama berat sepertimana beratnya hari graduasi ini dirai..


bermula dengan sikap, semua akan dinilai lebih2 lagi oleh jiran sekeliling.. sbb secara tak langsung dah jadi contoh kepada anak2 jiran yang masih bersekolah.. aku ingat lagi ketika aku masih di alam persekolahan.. bila ada sedara mara atau jiran tetangga yang yang berjaya ke puncak menara gading, mesti diberi ingatan oleh emak agar belajar paling koman pun tahap macam tu.. dipandang mulia oleh masyarakat.. tapi sayang, buat jahat jgan sekali, kerana kau akan diingati dengan keburukan yang sekali berbanding kebaikan yang beribu kali... wlau setinggi mana pun tahap kelayakan akademik yang ada, jika perangai tak semenggah, kau tak kan diendah... dan itulah yang aku takutkan.. nauzubillahiminzalik..


juga aku sedar sekarang, betapa besar  amanah perlu aku pikul untuk menabur bakti kepada keluarga terutama kepada orang tuaku.. ya, aku tidak sebaik malaikat, tapi aku juga tidak mahu tertipu dengan hasutan syaitan.. selamatkan aku Ya Allah dari bisikan syaitan yang direjam.. dan berilah aku peluang dan pengetahuan untuk aku amalkan pengtahuanku di jalan yang betul..



p/s: trima kasih semua.. =)

2 comments:

iKhRam said...

selalunya aku selalu berpesan kepada anak2 murid.. jadi la apa2 yg kamu nak jadi... asalkan kamu tidak menyusahkan orang lain dan menjadi sampah masyarakat... jadi kita yang berfikiran ni, perlu memikirkan apa yg kita nak jadi.. jgn disempitkan fikiran dgn peluang2 pekerjaan yang semakin tipis seperti diwar-warkan di media.. tp berfikirlah apa usaha yang ada dan bagaimana mahu merebutnya.. sabar dan tabah itu kunci kejayaan.. dimana ada usaha di situlah ada kejyaan... insy sarah.. ko akan dpt apa yg ko mahu jadi..

sarah zulk said...

amin.. =) tq ikhram.. setia komen kat sini.. hehe..

There was an error in this gadget